Connect with us

PUBG Mobile

Pasca SEA Final: Siapa yang dah tukar pasukan?

Published

on

SUSULAN Kejohanan PUBG Mobile Asia Tenggara Musim Ketiga (SEA S3), kini tumpuan diberikan mengenai berita pertukaran pemain-pemain bagi pasukan-pasukan Asia Tenggara.

Arena kompetitif Thailand dilihat antara yang aktif membuat pengumuman pertukaran pemain pada minggu ini.

Berikut adalah apa yang kita tahu setakat ini:

Pasukan Secret Jin telah melepaskan fragger tempatan, Asyam Allam Hafiz Syayuti (Rex), sekaligus dilihat akan menampilkan skuad baharu untuk kejohanan PUBG Mobile National Championship (PMNC Thailand) nanti.

BACA: Secret Jin Sah lepaskan Rex

Selain itu, pasukan Sharper Esport telah mengumumkan pembubaran pasukan mereka pada 20 Mei lalu, meskipun berjaya menduduki tangga keenam carta bagi liga PMPL Thailand.

Foto: Sharper Esports/ Facebook

Berita pembubaran pasukan Thailand turut diikuti oleh pasukan MS Chonburi, dan Team Flash PUBG Mobile.

Keempat-empat pasukan profesional Thailand ini akan bertanding dalam PMNC dan akan berjuang untuk misi kelayakan ke PMPL.

Turut  mengumumkan berita pembubaran pasukan merupakan pasukan Made in Thailand, yang menampilkan pemain bekas pasukan Mega Conqueror yang pernah menduduki tempat ketiga dalam kejohanan PMCO Global Finals: Musim Luruh.

Foto: Made in Thailand (MiTH)/ Facebook

Pada masa yang sama, 25 Mei lalu, pasukan Bacon Time telah melepaskan pemain bertaraf dunia, Pheeraphol Phumrat (Beer11) dan memperkenalkan Chawanakon Chaiyawut (Rodfiat) sebagai pengganti.

Sementara itu, pasukan Indonesia dan Malaysia masih belum ada sebarang berita pertukaran rasmi buat masa kini.

Namun demikian, para peminat PUBG Mobile tanah air telah membuat spekulasi bahawa pertukaran pemain antara pasukan PMPL tidak dapat dielakkan, terutamanya bagi pasukan-pasukan yang berada di puncak liga untuk mengekalkan prestasi di PMPL akan datang.

Pemain-pemain yang menggunakan nama dalam permainan “GeekAisyahMVP” dan “Erysthia666” menjadi perhatian peminat tempatan kerana dilihat bermain bersama pasukan Geek Fam dan RSG dalam latihan perlawanan persahabatan (scrim) baru-baru ini.

GeekAisyahMVP” dilihat menggantikan tempat Irzam Aman (Damrude) manakala “Erysthia666” dilihat menggantikan tempat Imran Rosli (Vokey) dalam scrim tersebut.

Kedua-dua pasukan Geek Fam dan RSG bukan lagi nama asing dalam arena kompetitif tempatan dan pernah bertanding di peringkat Asia Tenggara.

 

Ikan hiu dipotong-potong, minat analisis tapi bo' ong. Analyst, writer, PUBGM enthusiast. Instagram: @detectivedubu

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved