Connect with us

PUBG Mobile

4AM gagal lagi!

Published

on

Foto: Weibo / 4AM Team

PASUKAN Game for Peace (PUBG Mobile) China, 4 Angry Men (4AM) sekali lagi gagal mara ke peringkat Weekly Final Liga Peacekeeper Elite Musim Kedua (PEL S2) 2021.

Meskipun 4AM berjaya mendapatkan Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) di peta terakhir peringkat Hari Penyingkiran (Elimination Day), ia masih tidak mencukupi kerana pasukan itu hanya mampu menamatkan pusingan di tangga ke-11 secara keseluruhan.

Peluang untuk 4AM mara ke Grand Final PEL S2 juga dilihat agak tipis ketika ini.

Pasukan itu itu perlu bergantung kepada nasib serta berharap agar pasukan-pasukan lain tidak dapat memintas mata keseluruhan Weekly Final mereka.

Sementara itu dua pasukan yang sah tidak layak ke Grand Final adalah pasukan Tianba dan Team Game.

Manakala pasukan Qing Jiu Club, All Gamers, dan TeamPai mempunyai satu lagi peluang untuk mereka bangkit pada hujung minggu ini. Ketiga-tiga pasukan ini berada di tangga kelima tercorot dalam ranking keseluruhan Weekly Final.

Berikut adalah keputusan WWCD Hari Penyingkiran Minggu Kelima PEL S2:

  • Map 1 – Miramar – ShowTime
  • Map 2 – Miramar – Qing Jiu Club
  • Map 3 – Sanhok – All Gamers
  • Map 4 – Erange – Regans Gaming
  • Map 5 – Erangel – 4 Angry Men

Mengenai sistem pemarkahan PEL S2 2021:

PEL S2 terbahagi kepada empat saringan iaitu League Day, Elimination Day, (Hari Penyingkiran) Weekly Final & Grand Final:

League Day (Khamis)

– 5 pusingan
– 15 pasukan yang bermain pada Weekly Final pada minggu lepas akan berlawan antara satu sama lain
– Top 5 terus layak ke peringkat Weekly Final – Baki 10 pasukan bermain di Elimination Day

Elimination Day (Jumaat)

– 5 pusingan
– Baki 10 pasukan League Day akan bermain dengan 5 pasukan tercorot hari ke-2 Weekly Final
– Top 10 akan layak ke Weekly Final

Weekly Final (Sabtu & Ahad)
– 10 pusingan
– Setiap pasukan akan membawa pulang mata sebanyak 1-25 bergantung kepada ranking keseluruhan

• Grand Final
– Top 15 pasukan yang mempunyai mata terkumpul paling banyak di Weekly Final layak ke Grand Final

PEL akan kembali pada peringkat Weekly Final pada hari ini. Kejohanan itu menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM9.6juta (15 juta yuan) pada musim kali ini.

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved