Connect with us

PUBG Mobile

“Tak payah main SEA duh macam ni. Tukar player lah.”

Published

on

Foto: YouTube / PUBG Mobile

KEADAAN dilihat sangat tegang antara pemain-pemain profesional PUBG Mobile tanah air ketika beraksi pada Peringkat Akhir Liga Profesional Asia Tenggara Musim Ketiga (SEA Final S3) 2021 yang lalu.

Beberapa kekecewaan dapat disaksikan menerusi video Trailer Dokumenteri Istimewa : Dream Chaser yang dimuatnaik di YouTube PUBG Mobile pada malam tadi.

Dokumentari penuh itu dilihat bakal mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku di sebalik prestasi merudum pasukan-pasukan PUBG Mobile Malaysia ketika beraksi di SEA Final yang lalu.

Ia bakal ditayangkan sepenuhnya pada jam 9 malam esok di YouTube PUBG Mobile.

Pada SEA Final S3 2021 yang lalu, tiga skuad Malaysia iaitu Geek Fam, RSG dan Dingoz MPX pula terpaksa berpuas hati di kedudukan 13-16.

Kejohanan itu menyaksikan pasukan Thailand, The Infinity, muncul sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM120,000 (AS$30,000).

 

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved