Connect with us

PUBG Mobile

Hijrah berehat sementara dari arena kompetitif

Published

on

Foto: Boom Esport/ Instagram

PEMAIN profesional  PUBG Mobile bagi pasukan Indonesia, Boom Esports, Albar Fahreza (Hijrah) telah mengumumkan keputusannya untuk berehat dari arena kompetitif PUBG Mobile.

Dalam satu pengumuman rasmi di laman Instagram, pihak Boom Esports juga telah mengumumkan bahawa Hijrah akan dikeluarkan daripada barisan pemain utama pasukan itu.

“Setelah berfikir dengan panjang, Hijrah telah memutuskan untuk berehat dari arena kompetitif.

“Lantara itu, Hijrah akan mundur dari barisan pemain aktif Boom PUBGM,” kata Boom Esports dalam kenyataan itu.

Hijrah merupakan seorang pemain yang berpengalaman dan pernah bertanding di arena kompetitif antarabangsa bersama beberapa pasukan popular seperti Ion Esports dan Evos Esports.

Sempat bernaung di bawah Bigetron Esports lebih daripada 2 tahun, Hijrah juga pernah bermain dalam arena kompetitif Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG) bersama pasukan Bigetron Arov.

Di bawah pimpinan pemain tempatan Khairunnzari Masli (Boyka), Hijrah dan Bigetron AROV berjaya membuat melayakkan diri ke Peringkat Akhir Liga Profesional Asia Tenggara Musim Pertama (SEA Final S1) 2020.

Pada masa yang sama, pihak Boom Esports turut mengumumkan pemain ganti sementara, Bintang Prakoso Pramanenda Sinaga (Kent) ke dalam barisan utama yang akan menggantikan Hijrah.

Menurut pihak Boom Esports, keputusan untuk membawa masuk Kent sebagai pemain ganti adalah sebagai persediaan Boom Esports untuk bersaing di kejohanan DGL Pro League dan juga di Grand Final PUBG Mobile Invitational Series Season 2 yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Kent merupakan pemain bekas pemain pasukan Onic Esports dan pernah bermain dalam liga PMPL Indonesia.

 

 

Ikan hiu dipotong-potong, minat analisis tapi bo' ong. Analyst, writer, PUBGM enthusiast. Instagram: @detectivedubu

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved