Connect with us

PUBG Mobile

PEL: NOVA Esports makin agresif, jadi raja di Erangel

Published

on

Foto: Weibo / PEL

KEHEBATAN pasukan PUBG Mobile China, Nova Esports, di peta Erangel memang tidak boleh disangkal lagi apabila pasukan itu berjaya mengutip kemenangan Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) dua kali berturut-turut  pada hari pertama Weekly Final 5, Liga Peacekeeper Eliter Musim Kedua (PEL S2) 2021.

74 mata keseluruhan yang dikutip sudah cukup untuk meletakkan NOVA Esports berada di zon yang selesa bersama pasukan Still Moving Under Gunfire yang kini mendahului Weekly Final 5 PEL S2 2021.

https://www.instagram.com/p/CPvuu8hJel0/

 

Pemain NOVA Eports Zeng Zehai (Order) dan pemain LGD Gaming, Wan Quanjun (SuKi) masing-masing mengutip 14 mata bunuh (kills) pada hari pertama Weekly Final 5. Kedua-dua pemain ini sedang bersaing rapat untuk anugerah pemain terbaik (MVP) bagi peringkat musim liga. Keputusan WWCD Weekly Final 5:

  • Map 1 – Miramar – Da Kun Gaming
  • Map 2 – Miramar – All Gamers
  • Map 3 – Sanhok – Still Moving Under Gunfire
  • Map 4 – Erangel – Nova Esports
  • Map 5 – Erangel – Nova Esports

Mengenai sistem pemarkahan PEL S2 2021:

PEL S2 terbahagi kepada empat saringan iaitu League Day, Elimination Day, (Hari Penyingkiran) Weekly Final & Grand Final:

League Day (Khamis)

– 5 pusingan
– 15 pasukan yang bermain pada Weekly Final pada minggu lepas akan berlawan antara satu sama lain
– Top 5 terus layak ke peringkat Weekly Final
– Baki 10 pasukan bermain di Elimination Day

Elimination Day (Jumaat)
– 5 pusingan
– Baki 10 pasukan League Day akan bermain dengan 5 pasukan tercorot hari ke-2 Weekly Final
– Top 10 akan layak ke Weekly Final

Weekly Final (Sabtu & Ahad)
– 10 pusingan
– Setiap pasukan akan membawa pulang mata sebanyak 1-25 bergantung kepada ranking keseluruhan

• Grand Final
– Top 15 pasukan yang mempunyai mata terkumpul paling banyak di Weekly Final layak ke Grand Final

PEL akan kembali pada peringkat Weekly Final pada hari ini. Kejohanan itu menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM9.6juta (15 juta yuan) pada musim kali ini.

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved