Connect with us

PUBG Mobile

PEL S2: Nova Esports bawa pulang RM630,000, 4AM lolos ke Grand Final

Published

on

Foto: Weibo / PEL

Pasukan gergasi Game For Peace (PUBG Mobile), Nova Esports berjaya menjadi juara Weekly Final 5 Kejohanan Peacekeeper Elite League (PEL) 2021 sekali gus membawa pulang wang tunai sebanyak RM630,000 (1,000,000 Yuan).

Foto: Weibo PEL

Pasukan itu mengutip 123 mata secara kesuluruhan dalam 10 pusingan yang dimainkan. Hasil daripada kemenangan tersebut berjaya membuatkan Nova Esport kekal di carta teratas bagi Weekly Ranking keseluruhan.

Fragger utama Nova, Zeng Zehai (Order) turut dianugerahkan sebagai pemain terbaik (MVP) bagi minggu ini apabila berhasil mengutip 20 mata bunuh dan 5035 mata kesan musnah. Ini merupakan minggu kedua berturut-turut beliau dianugerahkan sebagai MVP.

Foto: Weibo PEL

Berikut adalah keputusan penuh WWCD Weekly Final 5:
Map 1 – Miramar – Da Kun Gaming
Map 2 – Miramar – All Gamers
Map 3 – Sanhok – Still Moving Under Gunfire
Map 4 – Erangel – Nova Esports
Map 5 – Erangel – Nova Esports
Map 6 – Miramar – Tong Jia Bao Esports
Map 7 – Miramar – Titan Esports Club
Map 8 – Sanhok – LGD Gaming
Map 9 – Erangel – Da Kun Gaming
Map 10 – Erangel – ShowTime

Sementara itu, pasukan 4 Angry Men bernasib baik apabila berjaya lolos ke Grand Final PEL S2 walaupun tidak dapat bermain di Weekly Final 5. 4AM berada di ranking ke-15 setelah hanya mengutip 9 mata secara kesuluruhan untuk Weekly Ranking.

Pasukan Qing Jiu Club terpaksa berputih mata kerana gagal layak ke Grand Final meskipun berkongsi mata yang sama dengan pasukan 4AM. Mereka terpaksa akur dengan keputusan sistem pemutus seri yang lebih berpihak kepada 4AM.

Foto: Weibo PEL

Grand Final PEL S2 akan diadakan pada 10 hingga 13 June dan akan memaparkan 15 pasukan yang layak menerusi Weekly Ranking. 20 pusingan akan dimainkan dan juara akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai sekitar RM1.3 juta (2,000,000 Yuan).

 

 

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved