PUBG Mobile
G9, Kengzo sertai pasukan Buriram Esports

BINTANG PUBG Mobile Thailand, Pachachai Han (G9) sah menyertai organisasi e-sukan profesional Buriram United Esports sebagai pemain pinjaman.
Dalam satu video ringkas melalui laman Facebook rasmi, organisasi itu telah memperkenalkan barisan pemain baharunya bagi divisyen PUBG Mobile, yang terdiri daripada G9, Nathakit Khongsranoi (Kengzo), Promsin Euisakun (Voorrix) dan Nat Sawadpornpiti (Plz).
https://www.facebook.com/BuriramUnitedEsports/videos/115082587339182
Kengzo dan Plz merupakan bekas pemain profesional bagi pasukan-pasukan yang sering menyertai Liga Profesional PUBG Mobile Thailand (PMPL Thai), iaitu Secret Jin dan RRQ.
Organisasi Buriram juga merupakan pasukan pertama yang disertai oleh Kengzo setelah dilepaskan oleh Secret Jin pada 1 Mac yang lalu kerana melanggar polisi liga.
Menurut pihak pengurusan pasukan e-sukan Thailand, Secret Jin, Kengzo telah menerima larangan daripada PUBG Mobile Esports yang berkuatkuasa selama satu musim kompetitif.
https://www.facebook.com/wtmtoday/photos/a.637393073384038/1165503930572947/?type=3
Sementara itu, Voorix, merupakan seorang penghibur penstriman langsung yang mempunyai lebih 600,000 pengikut di laman Facebook.
Pasukan Buriram dilihat menjadi salah satu pasukan yang bakal menggoncang arena PUBG Mobile Thailand musim depan.
Mampukah Buriram Esports United yang dianggotai G9 berdiri sama tinggi di antara pasukan handalan lain seperti Valdus, Bacon Time dan Faze Clan?