Connect with us

PUBG Mobile

“Main game untuk masa depan, bukan bayar wifi”- HzlNuts

Published

on

“KAMI ini bekerja untuk masa depan, bukan lagi bekerja untuk membayar WiFi bulan depan, ini salam saya dari Aerowolf Limax.”

Itu kata-kata kapten pasukan profesional Indonesia, Noval Adrian Putra (HzlNuts) dalam satu temu bual di rancangan esukan Indonesia, Planet Esports (RevivalTV) berikutan prestasi pasukannya yang merudum di musim ketiga Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) Indonesia.

Foto: RevivalTV/ Youtube

Dalam dua video yang dimuat naik ke laman Youtube, kapten pasukan Aerowolf Limax itu sempat menjawab persoalan prestasi merudum yang mendadak ,selepas satu musim sebelumnya yang  mampu melayakkan diri ke peringkat global.

“Musim ketiga PMPL Indonesia memaparkan banyak pasukan yang semakin sehebat dan turut memperkenalkan pemain-pemain berbakat yang baru.

“Mungkin juga dari segi penyesuaian diri dengan format baharu, di mana pasukan-pasukan lain menyesuaikan diri dengan sangat efektif,” kata HzlNuts dalam temu bual itu.

HzlNuts turut membandingkan prestasi mereka di musim sebelumnya dan menerangkan beberapa faktor yang menjadi penyebab penurunan prestasi pasukan tersebut.

“Prestasi kami di musim kedua adalah berikutan keadaan terdesak dan fokus yang tinggi untuk mengejar kelayakan ke Grand Final.

“Manakala bagi musim kali ini, terdapat beberapa faktor di luar kawalan yang saya tidak boleh sebutkan, sekaligus menganggu fokus kami sebagai pemain profesional.

“Selama tiga musim kami (pemain Limax) bersama, tidak pernah mempunyai masalah antara pemain,”tambahnya.

Apabila disoal oleh mengenai persiapan pasukan Aerowolf di kejohanan Dunia Games League (DGL), HzlNuts berkata pasukannya akan bersifat profesional dan tidak terlalu mempedulikan faktor-faktor luar yang berkemungkinan menganggu fokus mereka.

Pada masa yang sama, peminat PUBG Mobile Indonesia membuat spekulasi bahawa prestasi pasukan Aerowolf yang merudum adalah berikutan masalah kewangan dari segi pihak pengurusan Aerowolf.

Lagi-lagi berikutan pasukan Mobile Legend Bang Bang (MLBB) Aerowolf yang kini difahamkan diambil alih oleh pasukan Genflix (GFX).

Penggunaan Hashtag #SaveLimax turut dilihat trending di beberapa laman media sosial.

Mampukah Aerowolf Limax mempamerkan prestasi cemerlang dan kembali mendominasi seperti di PMPL SEA musim sebelum ini?

Saksikan pasukan Aerowolf Limax di Dunia Games League (DGL) yang sudah bermula pada 6 Jun lalu di laman NimoTV.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved