Connect with us

PUBG Mobile

‘Bocah-bocah’ Da Kun Gaming mulai tunjuk taring dalam PEL

Published

on

Foto: Weibo / DKG

PASUKAN Da Kun Gaming dan Tong Jia Bao mencuri tumpuan apabila berjaya mengutip 2 kemenangan Chicken Dinner (WWCD)  pada hari pertama Grand Final Peacekeeper Elite League Musim Kedua (PEL S2) 2021.

Pada hari pertama grand final PEL S2  juga, DKG dan TJB  mendominasi carta dengan masing-masing mengutip 62 mata dan 58 mata dalam 5 pusingan pertama yang dimainkan.

Pujian wajar diberikan kepada DKG apabila menurunkan barisan pemain muda pada musim ini. Purata umur pemain DKG adalah 17 tahun.

Sementara itu, penyandang juara PEL S1 Weibo Gaming pada kelmarin masih tercari-cari rentak apabila hanya mampu mengutip 17 mata. WBG menamatkan pusingan di tangga ke-14 kesuluruhan pada hari pertama grand final.

Pasukan itu bagaimanapun menunjukkan satu kebangkitan pada  semalam. 

Ranking hari pertama grand final PEL S2 2021. Foto: Weibo PEL

Ranking hari pertama grand final PEL S2 2021. Foto: Weibo PEL

Berikut adalah keputusan WWCD setakat ini:

  • Map 1 – Miramar – ShowTime
  • Map 2 – Miramar – Tong Jia Bao Esports
  • Map 3 – Sanhok – Da Kun Gaming
  • Map 4 – Erangel – Da Kun Gaming
  • Map 5 – Erangel – Tong Jia Bao Esports
  • Map 6 – Miramar – Weibo Gaming
  • Map 7 – Miramar – 4 Angry Men
  • Map 8 – Sanhok – Weibo Gaming
  • Map 9 – Erangel – Six Two Eight
  • Map 10 – Erangel – Still Moving Under Gunfire

PEL S2 kini memasuki fasa Grand Final dengan juara akan membawa pulang kira-kira RM1.2 juta (2 juta yuan) pada Ahad nanti.

Kejohanan itu akan kembali berlangsung untuk hari ketiga Grand Final yang akan berlangsung pada hari ini.

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved