Connect with us

PUBG Mobile

PEL S2: Weibo Gaming membuat kebangkitan, kutip 70 mata

Published

on

Foto: Weibo / Weibo Gaming Team

Weibo Gaming membuat kebangkitan pada hari kedua Grand Final Liga Peacekeeper Elite Musim Kedua (PEL S2) 2021 apabila berhasil mengutip 2 kemenangan Chicken Dinner (WWCD).

WBG berjaya naik sembilan anak tangga dan kini berada di tangga kelima secara keseluruhan.

Permainan agresif yang dipamerkan oleh para pemain WBG di pusingan pertama membuahkan hasil apabila berjaya mengutip 18 mata bunuh.

WBG juga membuktikan kepada orang ramai yang pasukan itu masih tidak mahu mengalah dan ingin menjadi juara untuk dua musim berturut-turut.

Pasukan Da Kun Gaming (DKG) masih lagi mendahului carta keseluruhan Grand Final dengan 121 mata.

DKG terus menjarakkan jurang mata dengan pasukan pencabar lain meskipun tidak mengutip sebarang kemenangan pada hari ini.

Berikut adalah keputusan WWCD setakat ini:

  • Map 1 – Miramar – ShowTime
  • Map 2 – Miramar – Tong Jia Bao Esports
  • Map 3 – Sanhok – Da Kun Gaming
  • Map 4 – Erangel – Da Kun Gaming
  • Map 5 – Erangel – Tong Jia Bao Esports
  • Map 6 – Miramar – Weibo Gaming
  • Map 7 – Miramar – 4 Angry Men
  • Map 8 – Sanhok – Weibo Gaming
  • Map 9 – Erangel – Six Two Eight
  • Map 10 – Erangel – Still Moving Under Gunfire

PEL S2 kini memasuki fasa Grand Final dengan juara akan membawa pulang kira-kira RM1.2 juta (2 juta yuan) pada Ahad nanti.

Kejohanan itu akan kembali berlangsung untuk hari ketiga Grand Final yang akan berlangsung pada hari ini.

 

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved