PUBG Mobile
RM1.2 juta milik siapa akhirnya?

PASUKAN Tong Jia Bao Esports (TJB) hanya perlukan satu sahaja kemenangan Chicken Dinner (WWCD) pada hari ketiga Grand Final Peacekeeper Elite League S2 untuk muncul sebagai pendahulu liga yang baharu.
TJB kini mengutip mata bunuh paling banyak berbanding pasukan lawan yang lain iaitu sebanyak 87 mata bunuh serta 170 mata keseluruhan, 10 mata di hadapan Da Kun Gaming (DKG).
Pasukan Still Moving Under Gunfire (SMG) masih boleh memberikan cabaran apabila mengutip 2 WWCD berturut-turut namun 35 mata di belakang TJB mungkin akan menyukarkan SMG.
Sementara itu, anugerah pemain terbaik pada hari ketiga diberikan kepada pemain muda pasukan DKG, Huang Yi (Tian). Tian mengutip 7 mata bunuh dan 704 mata kesan musnah pada pusingan kelima sekaligus mendahului senarai Top Fragger.

Foto: Weibo / PEL
Berikut adalah keputusan WWCD :
- Map 1 – Miramar – ShowTime
- Map 2 – Miramar – Tong Jia Bao Esports
- Map 3 – Sanhok – Da Kun Gaming
- Map 4 – Erangel – Da Kun Gaming
- Map 5 – Erangel – Tong Jia Bao Esports
- Map 6 – Miramar – Weibo Gaming
- Map 7 – Miramar – 4 Angry Men
- Map 8 – Sanhok – Weibo Gaming
- Map 9 – Erangel – Six Two Eight
- Map 10 – Erangel – Still Moving Under Gunfire
- Map 11 – Miramar – Tong Jia Bao Esports
- Map 12 – Miramar – Regans Gaming
- Map 13 – Sanhok – Still Moving Under Gunfire
- Map 14 – Erangel – Still Moving Under Gunfire
- Map 15 – Erangel – Titan Esports Club
Hari ini merupakan hari terakhir Grand Final S3.
Hanya tinggal lima pusingan sahaja lagi untuk menentukan pasukan manakah yang akan menjadi juara dan membawa pulang hadiah kemenangan kira-kira RM1.2 juta (2 juta yuan)