Connect with us

PUBG Mobile

Tong Jia Bao bawa pulang RM1.2 juta, menang grand final PEL S2

Published

on

Foto/Video: Weibo PEL, Weibo Tongjiapu Esports Club

PASUKAN Tong Jia Bao Esports (TJB) membawa pulang hadiah kemenangan sebanyak RM1.2 juta (2 juta yuan) selepas berjaya menjadi juara Grand Final Peacekeeper Elite League (PEL) S2 2021.

TJB berjaya mendapatkan 3 kemenangan Chicken Dinner (WWCD) sepanjang Grand Final berlangsung serta menjadi satu-satunya pasukan yang mengutip lebih 200 mata iaitu sebanyak 202 mata keseluruhan.

TJB juga diberikan slot Peacekeeper Elite Championship (PEC) hasil daripada kemenangan tersebut.

PEC akan berlangsung pada 31 Julai hingga 1 Ogos dan akan menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM7.7 juta.

Pasukan Da Kun Gaming (DKG) terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua selepas gagal meneruskan prestasi yang ditunjukkan pada hari pertama Grand Final. DKG juga terlepas slot automatik ke PEC.

Berikut adalah keputusan penuh WWCD Grand Final PEL S2:

  • Map 1 – Miramar – ShowTime
  • Map 2 – Miramar – Tong Jia Bao Esports
  • Map 3 – Sanhok – Da Kun Gaming
  • Map 4 – Erangel – Da Kun Gaming
  • Map 5 – Erangel – Tong Jia Bao Esports
  • Map 6 – Miramar – Weibo Gaming
  • Map 7 – Miramar – 4 Angry Men
  • Map 8 – Sanhok – Weibo Gaming
  • Map 9 – Erangel – Six Two Eight
  • Map 10 – Erangel – Still Moving Under Gunfire
  • Map 11 – Miramar – Tong Jia Bao Esports
  • Map 12 – Miramar – Regans Gaming
  • Map 13 – Sanhok – Still Moving Under Gunfire
  • Map 14 – Erangel – Still Moving Under Gunfire
  • Map 15 – Erangel – Titan Esports Club
  • Map 16 – Miramar – Da Kun Gaming
  • Map 17 – Miramar – ShowTime
  • Map 18 – Sanhok – Still Moving Under Gunfire
  • Map 19 – Erangel – JD Esports
  • Map 20 – Erangel – LGD Gaming

Sementara itu anugerah pemain terbaik kesuluruhan (MVP) Grand Final diberikan kepada tonggak utama pasukan LGD Gaming, Mia Jiacheng (ChengC). ChengC mengutip 38 mata bunuh dalam 20 pusingan yang dimainkan.

https://www.instagram.com/p/CQEOh2BJ7tK/

ChengC membuktikan nilai dirinya dengan membantu LGD menang di map terakhir sekaligus melojakkan kedudukan LGD di nombor tiga kesuluruhan.

Manakala pemain muda pasukan Nova Esports, Nova Yi dianugerahkan Best Rookie bagi musim ini.

Keputusan Nova Esports untuk memasukkan Yi sebagai pemain utama musim ini membuahkan hasil dan Yi akan kekal menjadi pemain penting Nova Esports bagi musim yang akan datang.

 

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved