Connect with us

PUBG Mobile

Aerowolf Limax terima larangan hingga 2022

Published

on

PASUKAN PUBG Mobile profesional daripada Indonesia, Aerowolf Limax telah menerima larangan daripada pihak PUBG Mobile Esports untuk menyertai mana-mana liga rasmi e-sukan itu sehingga tahun 2022.

Dalam satu pengumuman melalui laman Facebook rasmi, pihak PUBG Mobile Esports berkata hak pasukan itu untuk menyertai mana-mana liga PUBG Mobile di seluruh dunia telah ditarikbalik berkuatkuasa semalam sehingga 31 Disember 2022.

Menurut pihak PUBG Mobile Esports, hal ini berikutan kesalahan pihak pengurusan Aerowolf Limax yang telah mengakibatkan kerugian dari segi kewangan bagi para pemain profesional pasukan tersebut.

PUBG Mobile Esport juga menegaskan bahawa mereka tidak akan teragak-agak untuk menghukum perlakuan tidak adil demi menjaga ekosistem yang seimbang bagi memastikan bakat pemain profesional berkembang.

“Kami akan terus megemaskini peraturan kami bagi menegakkan nilai-nilai PUBG Mobile Esports dan melindungi kesejahteraan pemain profesional PUBG MOBILE profesional,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial pada semalam.

Berikutan arahan daripada pihak penganjur, ia menimbulkan persoalan sama ada slot jemputan terus Aerowolf Limax ke Liga Profesional PUBG Mobile Indonesia Musim Keempat 2021 (PMPL ID S4) akan digugurkan.

Pada musim ketiga yang lalu, Aerowolf Limax menamatkan kejuaraan Grand Final di tangga ketujuh dan menerima jemputan automatik ke musim seterusnya.

Sebelum ini, dalam satu temu bual di laman Youtube RevivalTV, kapten pasukan Aerowolf Noval Adrian Putra (HzlNuts) pernah mendedahkan bahawa terdapat beberapa faktor di luar kawalan yang  menganggu fokus pemain-pemain pasukan mereka.

Prestasi kami di musim kedua adalah berikutan keadaan terdesak dan fokus yang tinggi untuk mengejar kelayakan ke Grand Final.

“Manakala bagi musim kali ini, terdapat beberapa faktor di luar kawalan yang saya tidak boleh sebutkan, sekaligus menganggu fokus kami sebagai pemain profesional.

“Selama tiga musim kami (pemain Limax) bersama, tidak pernah mempunyai masalah antara pemain,”tambahnya.

BACA: “Main game untuk masa depan, bukan bayar wifi”- HzlNuts

Berikutan kenyataan itu, para peminat PUBG Mobile Indonesia membuat spekulasi bahawa prestasi pasukan Aerowolf yang merudum di Liga Profesional PUBG Mobile adalah berikutan masalah kewangan dari pihak pengurusan pasukan tersebut.

Turut trending, adalah penggunaan Hashtag #SaveLimax di beberapa laman media sosial.

Dengan penggantungan pasukan Aerowolf Limax dari dunia kompetitif, persoalan kini timbul sama ada bakal adakah pertukaran pemain-pemain Limax ke pasukan yang baharu.

https://www.facebook.com/290422794871021/posts/909879736258654/?d=n

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved