PUBG Mobile
“Belum ada kata putus” – Rex

MESKI telah ‘dilamar’ lebih 10 pasukan profesional PUBG Mobile pemain e-sukan, Asyam Allam Hafiz Syayuti (Rex) masih belum melakukan kata putus untuk menyertai mana-mana pasukan ketika ini.
“Belum ada kata putus lagi,” kata REX secara ringkas kepada WTM Today ketika menjawab persoalan ke manakah haluannya selepas ini.
Pada semalam organisasi e-sukan RSG mengumumkan Rex akan membuat kemunculan istimewa bersama pasukan itu dalam kejohanan Grand Final Arena Siber Asia Tenggara (SEACA) 2021 pada 27 Jun nanti.
https://www.instagram.com/p/CQaPHgwBEf0/
Namun ia tidak menyatakan REX akan menyertai pasukan itu secara rasmi.
BACA: RSG dah lama minat Rex
Selain RSG, antara pasukan yang disebut-sebut mahu merekrut REX sebagai pemain termasuklah Geek Fam.
REX masih lagi bergelar sebagai pemain ejen bebas selepas dikeluarkan Team Secret secara rasmi pada 24 Mei lalu.
Sebelum menyertai Team Secret cawangan Thailand itu, Rex telah beberapa kali membuat kemunculan di peringkat antarabangsa bersama Team Secret MY.
Dia memulakan perjalanan bersama Team Secret MY di Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Musim Zero 2020 (ranking ke-15) dan mengakhiri perjalanan di Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) Musim Zero 2020 di ranking ke-7.
Rex juga telah membantu Team Secret memenangi PMPL MYSG Musim Kedua di peringkat liga dan final pada tahun lalu.
Pada Mac lalu, REX telah dihantar ke skuad PUBG Mobile Thailand, Secret Jin dan menjadi pemain Malaysia pertama yang bermain di liga itu.
Namun begitu, bakat Rex seperti disia-siakan apabila dia hanya membuat kemunculan kurang daripada 10 kali sepanjang liga Thailand itu berlangsung.