Connect with us

PUBG Mobile

Secret Jin sah lepaskan Rex

Published

on

PASUKAN profesional PUBG Mobile Thailand, Secret Jin sah melepaskan pemain tempatan Asyam Allam Hafiz Syayuti (Rex) hari ini.

Menerusi satu pengumuman di Instagram, pihak Secret Jin menyatakan ucapan selamat tinggal kepada pemain fragger itu selepas kira-kira tiga bulan berkhidmat untuk pasukan itu.

“Hari ini, kami mengucapkan selamat tinggal kepada fragger tebaik kami, @secret_rexxy”

“Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan kami, dan kami mengharapkan yang terbaik untuk masa hadapan anda” kata Secret Jin dalam pengumuman itu.

BACA: Rex tidak main hari pertama PMPL Thai, ini penjelasan OnTheGo

Rex merupakan seorang pemain yang berpengalaman dalam arena kompetitif PUBG Mobile dan pernah mewakili negara Malaysia di kejohanan-kejohanan antarabangsa seperti Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) 2020 dan Kejohanan Global (PMGC) Musim Zero 2020.

Meskipun bermain kurang dari sepuluh pusingan bagi liga Thailand, Rex dilihat mempamerkan kematangan tinggi dan menjadi antara satu-satunya pemain tempatan untuk beraksi dalam liga berkenaan.

“Nantikan comeback saya”

Sementara itu, Rex dalam satu reaksi turut menyatakan penghargaan kepada organisasi Team Secret yang memberikannya peluang untuk menyertai Secret Jin.

“Dua musim kompetitif ini akan menjadi pengalaman seumur hidup, namun ini bukan penamatnya bagi saya.

“Saya ingin mengambil kesempatan untuk menjelaskan sekali lagi bahawa saya tidak lagi bersama skuad (Team Secret) Jin dan MY, dan keputusan meninggalkan pasukan ini adalah keputusan saya sendiri.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada OTG dan pasukannya yang memberikan saya peluang penyertaan dan membentuk keperibadian saya selama ini. Nantikan kebangkitan semula saya,” jelas Rex.

Sebelum ini, pasukan Secret Jin telah melepaskan empat pemainnya selepas gagal melepasi ke Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Thailand Musim Ketiga (PMPL Thai S3) 2021.

BACA: Secret Jin lepaskan semua pemain, kecuali Rex

Hal ini berikutan prestasi yang kurang memberangsangkan bagi pasukan tersebut pada minggu terakhir peringkat WeekDay yang menyaksikan pasukan itu gaga lmemungut mata untuk melepasi ke peringkat Super Weekend 3.

Ia sekali gus memadamkan hasrat pasukan itu untuk mengulangi pencapaian ke SEA Final seperti musim sebelum ini.

Rex menyertai Secret Jin pada 17 Februari yang lalu.

Sebelum menyertai Team Secret cawangan Thailand itu, Rex telah beberapa kali membuat kemunculan di peringkat antarabangsa bersama Team Secret MY.

Dia memulakan perjalanan bersama Team Secret MY di PMWL Musim Zero 2020 (ranking ke-15) dan mengakhiri perjalanan di PMGC Musim Zero 2020 di ranking ke-7.

Rex juga telah membantu Team Secret memenangi PMPL MYSG Musim Kedua di peringkat liga dan final pada tahun lalu.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved