Connect with us

PUBG Mobile

The Infinity juara SEA Final, bawa pulang RM120,000

Published

on

PASUKAN Thailand, The Infinity muncul sebagai juara Peringkat Akhir Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara Musim Ketiga (SEA Final S3) 2021.

Menerusi kemenangan itu, The Infinity membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM120,000 (AS$30,000) dan menerima slot ke Kejohanan PUBG Mobile Asia Tenggara Musim Keempat yang dijangka berlangsung Oktober nanti.

The Infinity juga membawa pulang RM8,000 (AS$2,000) selepas memenangi 4 Chicken Dinner sepanjang tiga hari berlangsungnya kejohanan SEA Final itu.

Pasukan Thailand itu terdiri daripada:

  • Nuttapat Chitprommetta (Mela)
  • Sikarin Nopparat (Noozy)
  • Logan Martin (Logan)
  • Phuwiwat Tanee (GodTunny)
  • Sadayut Mukdasawat (Near)

Selepas 18 pusingan dimainkan, pasukan itu berjaya mengutip 239 mata secara keseluruhan.

Pemain The Infinity, Noozy dipilih sebagai pemain terbaik dengan catatan 56 mata dan memberikan 9997 mata kesan musnah.

Sementara itu, pasukan EVOS Reborn dari Indonesia akan mengikuti The Infinity selaku penyandang tempat kedua SEA Final S3.

EVOS Reborn berjaya mendapatkan 189 mata dan dua Chicken Dinner secara keseluruhan.

Berikut adalah keputusan penuh Chicken Dinner SEA Final S3 2021:

Map 1 – Sanhok – Aura Esports ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ
Map 2 – Miramar – Orange Esports๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ญ
Map 3 – Erangel – The Infinity ๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ญ
Map 4 – Sanhok – Infinity IQ ๐Ÿ‡ป๐Ÿ‡ณ
Map 5 – Miramar – Join Me ๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ญ
Map 6 – Erangel – Aura Esports ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ
Map 7 – Sanhok – Infinity IQ ๐Ÿ‡ป๐Ÿ‡ณ
Map 8 – Miramar – Eagle Esports ๐Ÿ‡ป๐Ÿ‡ณ
Map 9 – Erangel – Orange Esports๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ญ
Map 10 – Sanhok – Aura Esports ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ
Map 11 – Miramar – RSG ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Map 12- Erangel – The Infinity ๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ญ
Map 13 – Sanhok – Infinity IQ ๐Ÿ‡ป๐Ÿ‡ณ
Map 14- Miramar – EVOS Reborn ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ
Map 15 – Erangel – The Infinity ๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ญ
Map 16- Sanhok – The Infinity ๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ญ
Map 17 – Miramar – Valdus Esports ๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ญ
Map 18 – Erangel – EVOS Reborn ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ

Tiga skuad Malaysia yang beraksi dalam kejohaan ini iaitu Geek Fam, RSG dan Dingoz MPX pula terpaksa berpuas hati di kedudukan 13-16.

Geek Fam mempunyai 99 mata dan berada di ranking ke-13 SEA Final S3 2021. RSG pula mengutip 85 mata termasuk 1 Chicken Dinner dan berada di ranking ke-14.

Pasukan yang pernah menjuarai peringkat Musim Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Ketiga 2021 Dingoz MPX berada di kedudukan tercorot dalam kejohanan Asia Tenggara itu dengan kutipan 83 mata.

Kejohanan PUBG Mobile Asia Tenggara dijangka akan kembali untuk Musim Keempat pada Oktobor 2021 nanti.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ยฉ WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved