Connect with us

PUBG Mobile

Secret Jin lepaskan semua pemain, kecuali Rex

Published

on

Foto: Instagram / Secret Jin

PASUKAN profesional PUBG Mobile Thailand, Secret Jin sah melepaskan empat anggota pemainnya, Thanadol Waiyawudthi (Twokay), Totsaporn Udomrak (Cosmos), Thanawat Suksangphanomrung (TT) dan Nattapon Kueanui (BooBuzz) dalam satu pengumuman pagi tadi.

Dalam pengumuman melalui laman Instagram tersebut, pihak Secret Jin mengucapkan selamat tinggal kepada empat pemainnya itu.

“Walaupun perjalanan yang singkat, kami ingin mengucapkan selamat tinggal kepada empat pemain Secret Jin PUBG Mobile.

“Terima kasih kerana telah berjuang bersama kami dan kami berharap agar dapat berjumpa lagi di arena pertempuran,” kata pihak Secret Jin dalam satu kapsyen yang dimuatnaik melalui laman Instagram.

Pasukan Secret Jin sebelum ini terpaksa berputih mata selepas tidak mempunyai kutipan mata yang mencukupi untuk melepasi ke Grand Final.

Hal ini berikutan prestasi yang kurang memberangsangkan bagi pasukan tersebut pada minggu terakhir peringkat WeekDay Liga Profesional PUBG Mobile Thailand Musim Ketiga (PMPL Thai S3) 2021 yang menyaksikan pasukan itu gaga lmemungut mata untuk melepasi ke peringkat Super Weekend 3.

Ia sekali gus memadamkan hasrat pasukan itu untuk mengulangi pencapaian ke SEA Final seperti musim sebelum ini.

Pasukan Secret Jin sebelum ini berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final S2) dengan menjuarai peringkat final Country Final Thailand.

Prestasi pasukan tersebut dilihat merudum selepas ketiadaan pemain bintang pasukan tersebut dan ketua dalam permainan (igl) ,Nathakit Khongsrano (Kengzo) yang dilepaskan oleh pasukan Secret Jin.

Pada 18 Februari yang lalu, Kengzo telah menerima larangan daripada PUBG Mobile Esports kerana telah melanggar polisi liga kejohanan.

Sementara itu, status satu lagi pemain dalam pasukan itu, Asyam Allam (Rex) masih menjadi tanda tanya kepada para peminat PUBG Mobile tanah air.

Timbul persoalan sama ada Rex akan mendapat rakan sepasukan baharu dalam skuad Secret Jin?

Ikan hiu dipotong-potong, minat analisis tapi bo' ong. Analyst, writer, PUBGM enthusiast. Instagram: @detectivedubu

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved