Connect with us

PUBG Mobile

Skuad MLBB bantu beri semangat ketika kami down – Sane

Published

on

Foto: PUBG Mobile

TIADA menafikan mengalami kekecewaan ketika tidak menjadi juara peringkat musim Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Ketiga (PMPL MYSG S3), pemain Geek Fam Mohd Yazid Sahol Hamid (Sane) dan rakan-rakan bagaimanapun dilihat mampu bangkit semula pada peringkat grand final.

Menurut Sane, kekuatan yang diberikan daripada skuad Mobile Legends (MLBB) dan staf Geek Fam memberi motivasi baru kepadanya.

“Bila kami murung, kami dapat motivasi semula kerana skuad MLBB Geek Fam dan staf Geek Fam.

“Mereka beri semangat ketika kami tidak menjuarai liga. Jadi kami memilih untuk kosongkan minda dan dapatkan kembali semangat,” kata Sane.

Sane berkata demikian dalam satu temubual bersama pengulas Grand Final PMPL MYSG S3, Andriyana Mohamed Ghazali (ChuChu), selepas Geek Fam menang di pusingan ketiga di Miramar pada semalam.

BACA: Kami nak tunjuk gameplay clean pun boleh jadi juara – QB

Pada hari pertama Grand Final PMPL MYSG S3, Geek Fam mendahului carta menerusi corak permainan yang konsisten. Geek Fam berjaya mengutip tiga Chicken Dinner dan 83 mata secara keseluruhan ketika ini.

Ranking terkini Grand Final PMPL MYSG S3

Namun menurut Sane, keputusan itu tidak menjamin apa-apa ketika dan pasukannya masih terus berusaha untuk mendapatkan slot ke peringkat akhir PMPL Asia Tenggara Musim Ketiga (SEA Final S3).

“Ini baru hari pertama. Kami beraksi dengan baik tapi kami kena buat lebih baik lagi untuk mengunci slot ke SEA Final,”tambah Sane.

Selain Sane, Geek Fam terdiri daripada Mohd Irzam Aman Mohd Zaini (Damrude), Ahmad Syafiq Imran Mohamad (Qb), Mohamad Nabil Bin Nazaruddin (Snipes) dan Muhammad Syakir Nabihan Samsuri (Miracle).

Grand Final PMPL MYSG S3 akan berlansung sehingga Ahad dan menawarkan dua slot ke peringkat akhir PMPL Asia Tenggara Musim Ketiga (SEA Final S3) 2021

Kejohanan PMPL MYSG S3 menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM610,000 (AS$150,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved