Connect with us

PUBG Mobile

“Nak kalahkan Dingoz yang paling kuat, bukan Dingoz yang paling lemah”

Published

on

JURULATIH skuad PUBG Mobile Anti Circle, Aiman Halim (Slydd) mahu Dingoz MPX berada dalam keadaan yang baik, supaya pasukannya dapat memberi saingan kepada pasukan itu.

Slydd berkata Anti Circle mahu mengalahkan Dingoz MPX ketika pasukan itu kuat, bukan ketika pasukan itu lemah.

“Kepada adik saya sendiri, Pasha (jurulatih Dingoz MPX) buat yang terbaik. Pastikan pasukan berada dalam keadaan yang baik.

“Kalau boleh, kami (Anti Circle) mahu kalahkan Dingoz ketika mereka paling kuat, bukan ketika mereka paling down (lema),” kata Slydd

Dia berkata demikian dalam satu temubual bersama pengulas Grand Final PMPL MYSG S3, Andriyana Mohamed Ghazali (ChuChu), selepas Anti Circle menang di pusingan kedua di Erangel pada semalam.

Anti Circle sempat mendahului carta selepas dua pusingan dalam grand final berlangsung.

Bagaimanapun, pasukan itu kini berada di keempat ketika ini dengan catatan 60 mata.

Slydd dan Pasha merupakan pemain PUBG yang berpengalaman. Kedua-dua jurulatih itu banyak menyertai kejohanan kompetitif PUBG sejak 2017.

Antara kejohanan yang dimenangi Slydd termasuk Kejohanan PUBG Global Kelayakan Asia Tenggara (Peringkat Malaysia) 2018.

Grand Final PMPL MYSG S3 akan berlansung sehingga Ahad dan menawarkan dua slot ke peringkat akhir PMPL Asia Tenggara Musim Ketiga (SEA Final S3) 2021

Kejohanan PMPL MYSG S3 menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM610,000 (AS$150,000).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved