Connect with us

PUBG Mobile

RSG juara final, Geek Fam turut dapat slot SEA

Published

on

Foto PUBG Mobile

MUKA-MUKA baharu dilihat bakal membawa nama negara ke peringkat akhir Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) bagi edisi kali ini.

Selepas tiga hari kejohanan berlangsung, pasukan RSG berjaya muncul sebagai juara Grand Final Kejohanan Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura Musim Ketiga (PMPL MY SG S3) 2021 selepas berjaya mengutip 196 mata secara keseluruhan.

Menerusi kemenangan itu, pasukan RSG membawa pulang kira-kira RM 61,000 (AS$15,000) dan menerima slot ke SEA Final S3 2021.

Fragger utama RSG, Amirol Hakiem (Kim) turut dinobatkan sebagai pemain terbaik (MVP) bagi kejohanan akhir apabila berjaya mengutip 40 mata bunuh secara keseluruhan.

Foto: PUBG Mobile Esports

Turut menyertai RSG ke peringkat SEA adalah penyandang tempat kedua Grand Final PMPL MYSG S3 adalah pasukan Geek Fam yang akan kemunculan kedua dalam SEA Final selama dua musim berturut-turut.

Foto: PUBG Mobile

Pasukan RSG dan Geek Fam akan menemani pasukan Dingoz MPX sebagai wakil Malaysia untuk berjuang merebut piala Asia Tenggara.

Sementara itu, bagi liga Thailand, slot automatik SEA diberikan kepada pasukan Faze Clan dan Infinity Esports.

PMPL SEA akan diadakan pada 21 hingga 23 Mei dan akan memaparkan pasukan-pasukan terbaik dari seluruh Asia Tenggara.

Dua pasukan teratas pada SEA Final S3 nanti akan menerima slot pada musim seterusnya.

Ikan hiu dipotong-potong, minat analisis tapi bo' ong. Analyst, writer, PUBGM enthusiast. Instagram: @detectivedubu

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved