Connect with us

PUBG Mobile

No Chicken, No Problem untuk Homebois

Published

on

KUALA LUMPUR – Pasukan PUBG Mobile tanah air, Homebois berjaya berada dalam kelompok terbaik ranking terkini Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Ketiga (PMPL MYSG S3).

Homebois yang bermula dari peringkat kelayakan PUBG Mobile Club Open (PMCO) 2021, mengutip 83 mata pada hari pertama Grand Final PMPL MYSG S3.

Pasukan itu yang berada di tangga kedua grand final ketika ini berkongsi mata keseluruhan sama dengan Geek Fam, yang berada di ranking pertama ketika ini.

LIHAT: RANKING TERKINI GRAND FINAL PMPL MYSG S3

Pada semalam, Geek Fam menunjukkan satu corak permainan yang konsisten sehingga mampu mengutip tiga Chicken Dinner dalam satu hari.

Namun begitu, bagaimanakah Homebois boleh berkongsi mata dengan Geek Fam walaupun tidak mengutip sebarang Chicken Dinner dalam enam pusingan yang dimainkan semalam?

Jika melihat kepada trend pengumpulan mata kedudukan (placement) dan mata bunuh (kills) Homebois pada semalam, pasukan itu dilihat mampu mengumpul kills yang banyak jika tidak terkeluar awal dalam sesebuah pusingan.

Perkara itu boleh dilihat dalam pusingan kedua (Erangel), pusingan keempat (Sanhok), pusingan kelima (Miramar) dan pusingan keenam (Erangel).

Berikut adalah kutipan mata kedudukan dan mata bunuh Homebois pada hari pertama grand final semalam (*pts= points / mata):

Pusingan 1 (Sanhok)
Placement: 4 pts, Kill: 2 pts

Pusingan 2 (Erangel)
Placement: 12 pts, Kill: 9 pts

Pusingan 3 (Miramar)
Placement: 1 pts, Kill: 3 pts

Pusingan 4 (Sanhok)
Placement: 12 pts, Kill: 5 pts

Pusingan 5 (Miramar)
Placement: 8pts, Kill: 6 pts

Pusingan 6 (Erangel)
Placement: 10 pts, Kill: 11 pts

Sementara itu, pemilik pasukan Homebois, Nureddy Nursal (Daddyhood) menerusi satu pengulasan dalam Grand Final PMPL MYSG S3 semalam ada menyatakan pasukan itu mempunyai kekuatan tersendiri dari segi melakukan mempertahankan kawasannya.

Namun begitu, menerusi corak permainan yang ditunjukkan Homebois semalam, pasukan itu juga dilihat mampu melakukan rusuhan dengan satu disiplin yang baik meski bulatan zon selamat tidak memihak kepada mereka.

Jarak perjalanan Homebois ke zon bulatan di Sanhok semalam.

Contohnya, pada pusingan keempat di Sanhok, apabila kesemua pemain Homebois yang mendarat di sekitar Camp Charlie berjaya memasuki ke zon selamat yang mengakhiri di bahagian barat daya Bhan.

Jarak antara lokasi Homebois ke barat daya Bhan itu adalah kira-kira 1.3 kilometer.

Walaupun tidak meraih Chicken Dinner, Homebois sekurang-kurangnya mampu mengutip 12 mata kedudukan selepas tewas dalam pertempuran akhir menentang J8 Esports di Bahn, Sanhok.

Homebois terdiri daripada enam pemain muda yang berbakat besar iaitu:

  • Muhammad Nur Ihsan Ismail (San)
  • Thanuk A/l Pri Cha (ThaNuk)
  • Norazizi Kamal (Ajiji)
  • Azmal Jasni (iNaoiki)
  • Zulfikar Kene (Obot)
  • Syafiq Faizin (Zynn)
https://www.instagram.com/p/COBERWHpijO/

Grand Final PMPL MYSG S3 akan memasuki hari kedua pada hari ini. Dua slot ke peringkat akhir PMPL Asia Tenggara Musim Ketiga (SEA Final S3) bakal menjadi buruan.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM610,000 (AS$150,000) secara keseluruhan.

Tonton aksi 16 pasukan PUBG Mobile terbaik Malaysia dan Singapura di Facebook dan YouTube PUBG Mobile atau menerusi aplikasi WeTV.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved