Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Rex tidak main hari pertama, ini penjelasan OnTheGo

Published

on

Foto: PUBG Mobile / FB OntheGo

PEMAIN profesional PUBG Mobile tempatan Asyam Allam (Rex) dilihat tidak bermain pada hari pertama Liga Profesional PUBG Mobile Thailand Musim Ketiga (PMPL TH S3) walaupun dijangka akan membuat kemunculan sulungnya pada tempoh tersebut.

Rex yang sebelum ini menyertai pasukan Secret Jin pada bulan Februari lalu merupakan satu-satunya pemain Malaysia yang akan bertanding di gelanggang maya gajah putih itu.

Menurut Pengurus pasukan Team Secret MY, Partibhan Petchayappen (OnTheGo), Rex hanya akan bermain apabila dia telah bersedia nanti.

https://www.instagram.com/p/CM0-Ox-pSfU/

“Rex akan bermain bila dia bersedia untuk berkomunikasi sekurang-kurangnya 50% dalam Bahasa Thailand sebab dia tidak ada peluang langsung untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Melayu dengan rakan-rakan sepasukannya,” jelas OnTheGo dalam siaran langsung Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura Musim Ketiga (PMPL MYSG S3) semalam.

OntheGo berkata meskipun pemain-pemain Secret Jin mengetahui sedikit asas Bahasa Inggeris, namun ia menjadi tugas utama Rex untuk mempelajari Bahasa Thailand ketika ini.

“Sebenarnya kemajuan dia (Rex) mempelajari Bahasa Thai adalah sangat laju.

“Kelancaran dan kepetahan Rex agak memberangsangkan seakan-akan seperti percakapan orang Thailand sebenar,” gurau OnTheGo.

Sebelum ini, status Rex sebagai pemain kelima dalam latihan perlawanan persahabatan (scrim) Thailand menimbulkan tanda tanya sama ada dia akan bermain atau tidak bagi babak liga nanti.

Kali terakhir pemain profesional tempatan, Rex menyertai scrim bersama rakan sepasukannya yang lain setakat itu adalah pada 5 Mac yang lalu.

Adakah rancangan pasukan Secret Jin mampu membuahkan hasil nanti?

Pasukan Secret Jin kini berada di tempat kesembilan secara keseluruhan pada hari pertama peringkat Weekday.

Setakat ini, pasukan Thailand itu berjaya mengutip satu kemenangan Chicken Dinner bagi peta Sanhok dan berjaya mengutip 15 mata bunuh secara keseluruhan.

Saksikan PMPL Thailand melalui laman Facebook Gaming, Youtube dan aplikasi WeTV.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved