Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Rex main ke tak dalam liga Thai nanti?

Published

on

SELEPAS kemasukan pemain-pemain baharu, ia menimbulkan tanda tanya sama ada satu-satunya pemain Malaysia, Asyam Allam (Rex) akan bermain atau tidak bagi pasukannya, Secret Jin dalam Liga Profesional PUBG Mobile Thailand (PMPL TH) Musim Ketiga 2021 nanti.

Sebelum ini, Rex dijangka akan membuat kemunculan sulung dalam arena kompetitif Thailand bersama pasukan baharunya Secret Jin pada hari pertama liga PMPL, iaitu 24 Mac ini.

Namun begitu, dengan kemasukan pemain-pemain baharu Nattapon Kueanui (BopBuzz) dan Thanawat Suksangphanomrung (TT) pada 9 Mac lalu, persoalan utama yang harus diutarakan adalah siapakah yang bakal menganggotai barisan utama skuad tersebut?

Barisan utama sesebuah skuad profesional hanya boleh terdiri daripada empat orang pemain bagi setiap pusingan yang dimainkan.

Lagi-lagi, Rex tidak kelihatan menyertai latihan perlawanan persahabatan yang dikendalikan oleh pengulas profesional Thailand, Burassakorn Pongsanun (BeCrazy) baru-baru ini.

Kali terakhir pemain profesional tempatan, Rex menyertai scrim setakat itu adalah pada 5 Mac yang lalu.

Rex sebelum ini menyertai pasukan Secret Jin di arena PUBG Mobile Thailand selepas tamat Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) 2021 pada Januari lalu.

Adakah ini semua rancangan Secret Jin dengan melakukan beberapa pertukaran barisan pemain sepanjang liga PMPL berlangsung nanti?

Saksikannya pertarungan 20 pasukan PUBG Mobile terbaik Thailand melalui aplikasi Youtube dan Facebook Gaming.

Ikan hiu dipotong-potong, minat analisis tapi bo' ong. Analyst, writer, PUBGM enthusiast. Instagram: @detectivedubu

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved