Connect with us

PUBG Mobile

Dingoz MPX cemerlang hari pertama, kutip 75 mata

Published

on

Foto: PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Pasukan PUBG Mobile tanah air, Dingoz MPX beraksi dengan sangat cemerlang dan konsisten pada hari pembuka tirai Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Ketiga (PMPL MYSG S3).

Dingoz MPX memulakan hari pertama dengan kutipan Chicken Dinner dan mempunyai 75 mata secara keseluruhan setakat ini.

Selain itu, Dingoz MPX mencatatkan rekod mata bunuh terbanyak setakat ini iaitu 39 mata dan memberi 6419 kesan musnah sepanjang empat perlawanan yang disertai pasukan itu pada hari ini.

Sementara itu, pemain Dingoz MPX, Muhammad Haziq Hanafi Md Zin (Appy) berada dalam carta Fraggers terbaik dengan jumlah kutipan 18 mata bunuh.

Appy juga tersenarai sebagai pemain terbaik hari ini dengan jumlah kesan musnah sebanyak 2251 mata.

Berikut adalah keputusan Winner Winner Chicken Dinner pada hari ini:

Peta 1 – Erangel – Dingoz MPX
Peta 2 – Erangel – RSG
Peta 3 – Miramar – EVOS VIP
Peta 4 – Sanhok – Team Secret MY
Peta 5 – Miramar – Geek Fam

PMPL MYSG S3 akan kembali esok jam 6 petang untuk hari kedua peringkat Weekday Minggu Pertama. Hanya 16 pasukan teratas di peringkat itu akan mara ke peringkat Super Weekend nanti.

Kejohanan PUBG Mobile terbesar di Malaysia dan Singapura itu akan berlangsung sehingga 25 April nanti dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM610,000 (AS$150,000).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved