PUBG Mobile
Yoodo Gank dominasi carta MVP Super Weekend 1
KUALA LUMPUR – Tiga pemain Yoodo Gank, Fairul Iskandar Putra (Putra), Lokman Hakim Abdul Saddar (Bravo) dan Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid (Draxx) mendominasi carta pemain terbaik Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Ketiga (PMPL MYSG S3) ketika ini.
Dalam carta tersebut, Putra dan Bravo mengutip 13 mata bunuh (kills) selepas hari pertama Super Weekend PMPL MYSG S3 dimainkan manakala pemain terbaik SEA Final Musim Pertama, Draxx mengutip 8 mata.
Ketiga-tiga pemain itu berjaya mengutip kills terbanyak ketika ini berikutan corak permainan Yoodo Gank yang tampak berbeza berbanding peringkat Weekday.
Pada pusingan keempat di Miramar sahaja, Yoodo Gank berjaya mengutip 20 kills.
Sementara itu, pemain Doktor Internet Taugeh Ayam (Dr TA) Muhammad Mustaqim Chan Bilal Chan (xSyko) berada di ranking keempat carta MVP tersebut dengan kutipan 14 kills.
Prestasi pemain itu dah pasukannya wajar diberi pujian kerana berjaya mengutip 2 Winner Winner Chicken Dinner berturut-turut pada semalam.
Sementara itu, pemain J8 Esports, Aniq yang mengutip 13 kills dalam 6 pusingan yang dipertandingkan semalam turut mampu memberi saingan yang hebat tanpa kehadiran kaptennya, Boyka.
Berikut adalah keputusan Winner Winner Chicken Dinner pada semalam:
Map 1 – Sanhok – Doktor Internet Taugeh Ayam
Map 2 – Erangel – Doktor Internet Taugeh Ayam
Map 3 – Sanhok – Team Secret
Map 4 – Miramar – Yoodo Gank
Map 5 – Erangel – Team Bosskurr
Map 6 – Miramar – Team Secret
PMPL MYSG S3 bakal memasuki perlawanan kedua Super Weekend Minggu pertama pada hari ini. Hanya 16 pasukan terbaik peringkat liga akan mara ke final.
Kejohanan PUBG Mobile terbesar di Malaysia dan Singapura itu akan berlangsung sehingga 25 April nanti dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM610,000 (AS$150,000).
Tonton dan beri sokongan kepada pemain-pemain kegemaran anda menerusi Facebook dan YouTube PUBG Mobile atau aplikasi WeTV.
