Connect with us

PUBG Mobile

RASMI: Vokey keluar RSG

Published

on

PEMAIN kompetitif PUBG Mobile, Muhammad Imran Rosli (Vokey) sah tidak lagi bersama RSG.

Menurut satu penguman di video hari ini, RSG berkata pihaknya menghargai setiap detik bersama Vokey.

“Banyak sangat kisah manis dan pahit yang kita berkongsi bersama. Tapi setiap pertemuan pasti ada pengakhiran.

“Terima kasih atas semua memori yang indah. Harap kita berjumpa lagi di masa akan datang!

“Selamat maju jaya, Vokey!” kata RSG dalam satu kapsyen video pengumuman yang dimuatnaik seketika tadi.

Vokey menyertai RSG sejak akhir tahun 2019 dan telah menyertai pelbagai acara rasmi PUBG Mobile termasuk Liga Profesional Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) selama tiga musim.

Antara pencapaian tertingginya sepanjang bersama RSG termasuklah memenangi Grand Final PMPL MYSG Musim Ketiga 2021.

Menerusi kemenangan itu, Vokey dan RSG mara ke SEA Final S3 2021 buat kali pertama.

Selain bergelar seorang pemain e-sukan profesional, Vokey juga merupakan seorang penghibur penstriman langsung popular tanah air dengan rekod lebih 2 juta pengikut di media sosial.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved