PUBG Mobile
CEO Bigetron masih percaya 100% kepada Jangs sebagai jurulatih

KETUA Pegawai Eksekutif Bigetron Esports Edwin Chia (Starlest) masih menaruh harapan dan kepercayaan terhadap Muhammad Farhan Abdul Gafar (Jangs) untuk terus berkhidmat sebagai jurulatih bagi skuad PUBG Mobilenya iaitu Bigetron Red Aliens (Bigetron RA).
Starlest berkata setiap perkara yang dilakukan memerlukan prosesnya tersendiri.
“Sehingga kini saya masih percaya 100% kepada Jangs. Semua (perkara) memerlukan proses.
“Jangs akan keluar apabila tiba masa saya mahu keluarkanya dan ia bukan keputusan warganet (netizen),” katanya.
BACA: Jangs ingin belajar dari kesilapan, fokus kejohanan seterusnya
Starlest berkata demikian ketika menjawab satu sesi soal jawab di Instagram pada semalam di akaun peribadinya.

Pada Peringkat Akhir Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara Musim Ketiga (SEA Final S3) 2021 yang lalu, Bigetron RA dilihat tidak berjaya mempertahankan kejuaraannya dan mengakhiri kejohanan itu dengan berada di kedudukan kelapan.
LIHAT: RANKING KESELURUHAN SEA FINAL S3 2021
Selepas tiga hari kejohanan berlangsung, Bigetron RA mengutip 127 mata secara keseluruhan.
Kejohanan itu menyaksikan pasukan Thailand, The Infinity muncul sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM120,000 (AS$30,000).
The Infinity yang berjaya mendapatkan 239 mata secara total turut menerima slot ke Kejohanan PUBG Mobile Asia Tenggara Musim Keempat (SEA S4) yang dijangka berlangsung Oktober nanti.
Rakan senegara Bigetron RA, EVOS Reborn juga akan mengikuti The Infinity ke SEA S4 selaku penyandang tempat kedua SEA Final S3.