Connect with us

PUBG Mobile

BiuBiu jadi duta Wulf Esports

Published

on

Foto: Wulf Esports

“INI adalah permulaan kepada episod baharu hidup saya.”

Personaliti popular e-sukan Asia Tenggara, Jiunn Jie Kow (BiuBiu) sah menyertai syarikat pengurusan bakat e-sukan tempatan, Wulf Esports, sebagai duta.

Ketua Pegawai Eksekutif Wulf Esports, Kevin Wong berkata penglibatan BiuBiu dalam organisasi itu akan memberikan lebih banyak kandungan-kandungan PUBG Mobile yang berkualiti  untuk peminat.

“Kami juga akan membangunkan satu program e-sukan bersama BiuBiu pada masa akan datang.

“Saya sangat gembira dapat melakukan satu kolaborasi dan semoga ia menjadi satu permulaan kepada satu perkara yang lebih baik,” kata Kevin kepada WTM Today.

Sementara itu, BiuBiu dalam satu reaksi ringkas berkata dia melihat kolaborasi bersama Wulf Esports itu sebagai satu lembaran baru dalam hidupnya.

BiuBiu merupakan antara pemain tersohor PUBG Mobile di Asia Tenggara dan pernah menjadi pemain e-sukan Malaysia pertama yang tersenarai dalam Malaysia Book of Records apabila meraih Jumlah Tontonan Bagi Sebuah Video E-Sukan Terbanyak di YouTube.

Antara pencapaian BiuBiu dalam arena kompetitif PUBG Mobile termasuk:

  • Tempat pertama Liga PMCO Musim Bunga (Kelayakan Malaysia) 2019
  • Tempat pertama Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) Musim Pertama 2020
  • Tempat kelima SEA Final Musim Pertama 2020
  • Tempat pertama Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) Musim Kedua 2020

BiuBiu juga berjaya mewakili Malaysia ke kejohanan dunia sperti Final Global PMCO Musim Bunga 2019 dan Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur Musim Zero pada Julai 2020.

Pada 30 September 2020, BiuBiu telah mengumumkan berehat dari arena kompetitif.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved