Connect with us

PUBG Mobile

Sappo tak perlu toxic dalam stream untuk popular – CEO Bigetron

Published

on

Foto: YouTube / Bigetron Esports

SIKAP dan pemikiran positif penghibur penstriman langsung (streamer) popular, Salam Al-Fatih (Sappo) telah menarik minat organisasi e-sukan popular, Bigetron Esports.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bigetron Esports Edwin Chia, dengan kehadiran Sappo dalam organisasinya, dia dilihat mampu menjadi suri teladan dan contoh yang baik.

“Sappo antara salah satu streamer yang mampu menjadi popular tanpa perlu ‘toxic’ (berkelakuan buruk dan kasar) dalam penstriman. 

“Seharapnya dengan kemasukan dia dalam Bigetron Esports, Sappo mampu menjadi contoh dalam mempamerkan pemikiran dan sikap positif,” kata Edwin dalam satu temu bual eksklusif WTM Today baru-baru ini.

Edwin berkata Sappo akan menyertai Bigetron Esports sebagai bakat baru dan pencipta kandungan.

Jelasnya, antara perancangan untuk jangka masa bersama adalah dengan menjadikan Sappo sebagai wakil Bigetron Esports bagi wilayah Sulawesi, Indonesia.

“Kami akan membantu antara satu sama lain untuk berkembang bersama-sama.

“Kami akan menguruskan perkembangan Sappo dalam arena e-sukan untuk tempoh lama yang akan datang.

“Pada masa yang sama, Sappo akan membantu kami untuk membina jumlah pengikut dari Sulawesi,” tambah Edwin dalam temu bual bersama.

Pada Sabtu lalu, Bigetron Esports dalam satu video di YouTube telah mengumumkan akan menyertai organisasi itu.

Penghibur penstriman popular itu yang sinonim dengan ayat “Istigfar ko anak muda” mempunyai lebih 1.7 juta pengikut di Facebook.

Sementara itu, dalam pengurusan pencipta kandungan permainan video, Edwin berkata Sappo mempunyai kebebasan namun fokus penghibur penstriman langsung itu lebih tertumpu kepada PUBG Mobile.

Edwin juga berkata, Sappo tidak akan menyertai mana-mana pertandingan kompetitif PUBG Mobile memandangkan dia menggunakan peranti iPad.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved