Connect with us

PUBG Mobile

PUBG Mobile: Kim pecahkan stigma Android user

Published

on

Foto: Facebook / KIM

PEMAIN TERBAIK Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Ketiga (PMPL MYSG S3) 2021, Amirol Hakiem Sabaruddin (Kim) menunjukkan pengguna peranti Android mempunyai kekuatan tersendiri.

Kim yang merupakan pemain pasukan RSG berkata dia hanya menggunakan satu jenama peranti Android sejak awal tahun 2020.

“Semasa kejohanan PUBG Mobile Club Open (PMCO) Kelayakan Malaysia 2019, iaitu ketika saya bersama bersama RRQ Panda, saya menggunakan XS Max (peranti iOS).

“Namun selepas itu saya hanya menggunakan peranti Android dan setia dengan satu jenama iaitu One Plus,” kata Kim dalam satu temu bual bersama WTM Today.

Jelas Kim, peranti Android pertama yang dia gunakan untuk bermain PUBG Mobile adalah One Plus 5T.

Berikut peranti yang digunakan Kim setakat ini:

  • One Plus 5T
  • iPhone XS Max
  • iPad
  • OnePlus 8 Pro

Jelas Kim, peranti Android mempunyai kelebihan tersendiri terutama One Plus apabila ia mempunyai tetapan 90 fps (bingkai per saat / frame per second ) ketika bermain PUBG Mobile.

“Saya sudah menggunakan telefon pintar ini kira-kira setahun, sebagai kegunaan harian dan kegunaan gaming.

“Tiada masalah setakat ini, cuma perlu berjaga-jaga dengan suhu telefon pintar jika ia mencecah 40 darjah Celcius.

Kim yang telah menyertai banyak pasukan profesional PUBG Mobile, mula bermain e-sukan itu sejak ia dilancarkan pada peringkat beta global lagi iaitu pada Mac 2018. 

Sebelum menyertai RSG, Kim pernah bermain untuk RRQ Panda, Rampage Elementus, XPERT MY dan TRX Elementus.

Selepas kira-kira dua tahun menjadi pemain kompetitif dalam gelanggang profesional, Kim bakal membuat kemunculan pertama di Grand Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara pada 21-23 Mei nanti.

Sebelum ini Malaysia pernah muncul sebagai juara menerusi pasukan Yoodo Gank pada SEA Final S1 2020.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved