Connect with us

Battleground Mobile

PUBG Mobile India kini dikenali sebagai Battlegrounds Mobile India

Published

on

Foto: BATTLEGROUNDS MOBILE INDIA

SYARIKAT pembangun permainan video Korea Selatan KRAFTON, hari ini mendedahkan mengenai BATTLEGROUNDS MOBILE INDIA.

Dalam satu pengumuman hari ini, KRAFTON berkata BATTLEGROUNDS MOBILE INDIA akan menawarkan pengalaman permainan multi-pemain berkelas dunia pada platform mudah alih.

“BATTLEGROUNDS MOBILE INDIA akan dilancarkan dengan acara eksklusif dalam permainan dan bakal mempunyai ekosistem yang tersendiri seperti kejohanan dan liga,” kata KRAFTON dalam satu kenyataan.

Jelas KRAFTON, permainan itu hanya boleh didapati di India sahaja. KRAFTON turut memuat naik satu video di YouTube untuk mengacah pelancaran permainan itu dan juga memperkenalkan logo permainan itu.

Pada 2 September 2020, kerajaan India telah mengharamkan penggunaan 118 aplikasi di negara itu termasuk PUBG Mobile.⁣

Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat India berkata aplikasi-aplikasi itu dilarang untuk digunakan menurut Seksyen 69A Akta Teknologi Maklumat kerana dilihat akan memudarat keselamatan dan kententeraman negara itu.⁣

Berikutan situasi aplikasi PUBG Mobile yang diharamkan di India baru-baru ini, PUBG Corporation membuat keputusan tidak lagi membenarkan Tencent Games menerbitkan francais PUBG Mobile di negara itu.⁣

Pada 8 September 2020, PUBG Corporation berkata pihaknya telah membuat keputusan untuk mengambil alih urusan dan tanggungjawab penerbitan yang berkaitan di india.⁣

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved