Connect with us

PUBG Mobile

India haramkan PUBG Mobile

Published

on

Foto: Tencent

KERAJAAN India hari ini mengharamkan penggunaan 118 aplikasi di negara itu termasuk PUBG Mobile.

Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat India dalam satu kenyataan hari ini berkata aplikasi-aplikasi itu dilarang untuk digunakan menurut Seksyen 69A Akta Teknologi Maklumat kerana dilihat akan memudarat keselamatan dan kententeraman negara itu.

“Pihak kementerian telah menerima banyak aduan mengenai penyalahgunaan beberapa aplikasi mudah alih yang tersedia di platform Android dan iOS kerana mencuri dan secara diam-diam menyebarkan data pengguna secara tidak sah ke pelayan yang mempunyai lokasi di luar India.

“Pengumpulan data-data ini dilihat akan memudarat keselamatan dan pertahanan India, yang kemudiannya akan mempengaruhi kedaulatan dan integriti India.

“Keadaan itu akan menjadi satu masalah berat dan memerlukan pemerhatian segera,” katanya dalam satu kenyataan pada petang tadi.

Kementerian itu juga berkata langkah itu perlu dilakukan bagi melindungi pengguna internet dan aplikasi mudah alih India.

Jelasnya, keputusan itu adalah bagi memastikan keselamatan, keamanan dan kedaulatan pengguna India di ruang siber.

Selain PUBG Mobile, antara aplikasi yang turut diharamkan adalah termasuk Tencent Watchlist (Tencent Technology), Mobile Legends: Pocket, TikTok, Arena of Valor: 5v5 Arena Games, Rules of Survival, HUYA LIVE – Game Live Stream,Tencent Weiyun, WeChat Work dan Alipay.

PUBG Mobile merupakan antara e-sukan popular di Asia, dengan 50 juta pemain aktif setiap hari dicatatkan termasuk pengguna di India.

India juga mempunyai beberapa pasukan dan pemain tersohor dalam e-sukan itu seperti TSM Entity, Fnatic, Team Soul dan Orange Rock.

Negara itu juga baru menjalani Kejohanan PUBG Mobile Club Open India pada 12-30 Ogos yang lalu.

5 pasukan teratas bagi kejohanan India itu telah melayakkan diri ke Liga Profesional PUBG Mobile Asia Selatan Musim Kedua yang dijangka akan berlangsung bulan ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WTM Media Sdn. Bhd. Company No: 202501057013 (1658419-U) All Rights Reserved