Connect with us

PUBG Mobile

Waisu Hera wakil Malaysia ke PMPL SEA Ladies

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

PASUKAN profesional PUBG Mobile, Waisu Hera mendapat jemputan terus untuk mewakili negara ke kejohanan Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara Wanita (PMPL SEA Ladies) 2020.

Perkara itu diumumkan pihak PUBG Mobile Esports Malaysia dalam satu video yang dimuat naik pada malam tadi.

Waisu Hera yang dibarisi Anis Safiyah Mohd Helmey (Anees), Nur Fifi Natasha Ismadi (Eevee), Fatin Amisa Mohd Narawi (Ica), dan Wan Nor Emylia Wan Mohd Zan (Mimel) bakal bersaing dalam kejohanan atas talian yang akan berlangsung selama dua hari, dari 5 hingga 6 September.

Antara pasukan lain yang bakal menyertai kejohanan tersebut termasuklah

  • LittleGroot Eufrosine🇹🇭
  • KOG Angel 🇹🇭
  • The INFINITY ladies 🇹🇭
  • VDC Esport 🇻🇳
  • LivingGerm Lady🇻🇳
  • PoPs Esports🇻🇳
  • Kill or Die Girl🇻🇳
  • Belletron Ace🇮🇩
  • Alter Ego Dione🇮🇩
  • Aerowolf Zoo🇮🇩
  • Boom Siren🇮🇩
  • Rapid Gunz Feisty Ladies🇵🇭

Waisu Hera pernah menduduki tempat kelapan dalam Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile 2020 (PMNC) Julai lalu.

Waisu Hera bukan satu nama asing dalam komuniti PUBG Mobile wanita apabila pasukan itu seringkali menjuarai beberapa kejohanan yang dipertandingkan pada tahun lalu, antaranya:

  • Juara Axis Ladies Tournament Ioi City Mall, Putrajaya – 2019
  • Juara Arov Ladies International Tournament – 2019
  • Juara Ladies PUBGM Evolution Series 2 – 2019
  • Juara Gabenor Project Ladies Tournament – 2019
  • Juara Kelayakan PMNC Zon Erangel 2020
  • Top 4 Konistra Ladies Tournament

Saksikan Waisu Hera dalam kejohanan PMPL SEA Ladies Sabtu dan Ahad ini untuk merebut gelaran Ratu PUBG Mobile Asia Tenggara.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved