Connect with us

PUBG Mobile

“Takde sponsor, takde gaming house, kami cuba naik slow-slow” – MARLINO

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

SKUAD Kejohanan PUBG Mobile Kebangsaan (PMNC) 2020, MARLINO sekali lagi membuktikan mereka boleh memberi saingan hebat kepada pasukan-pasukan terkemuka dalam Liga Profesional Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) Musim Kedua selepas memperoleh Chicken Dinner keempat setakat ini.

Kemenangan MARLINO itu berjaya diraih dalam pusingan ke-53 di Sanhok seketika tadi.

Menurut kapten MARLINO, Rosandi Hadi Ahmad Nawawi (Noxxy), mereka mahu memberikan yang terbaik dengan kapasiti yang ada ketika ini.

“Kami melakukan semua perkara secara sendirian ketika ini, tanpa jurulatih, tanpa tajaan atau tanpa tempat latihan.

“Kami akan cuba yang terbaik untuk naik dengan perlahan-lahan,” kata Noxxy dalam satu temu bual bersama hos PMPL, Sir Cloud selepas pasukannya memenangi Chicken Dinner seketika tadi.

Menurut Noxxy, MARLINO ditubuhkan bersama kenalan-kenalan yang sering menjalani latihan (scrim) bersama.

“Kami kenal dari pasukan-pasukan biasa. Kemudian kami ingin mencuba (kekuatan) pasukan dan Alhamdulillah kami sudah sampai ke sini (PMPL). Kami memang tidak menjangkakannya,” kata Noxxy.

Secara keselurhan, Noxxy dan MARLINO berjaya mengutip empat Chicken Dinner dan mengumpul 265 ketika ini.

Dengan kutipan markah itu, MARLINO kini berada di tangga ke-12.

MARLINO merupakan antara pasukan PMNC yang berjaya melayakkan diri ke PMPL MYSG Musim Kedua, yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM600,000.

Kejohanan PUBG Mobile terbesar di Malaysia dan Singapura itu akan berlansung sehingga 27 September nanti.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved