Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Telur menetas selepas 55 pusingan, TRX Elementus akhirnya berjaya dapat Chicken Dinner pertama

Published

on

SATU-SATUNYA pasukan dalam kelompok 10 terbaik Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG) yang tidak mendapat Chicken Dinner sebelum ini, TRX Elementus akhirnya mendapatkan mata kemenangan itu dalam pusingan ke-55 di Miramar seketika tadi.

TRX Elementus berjaya mengutip Chicken Dinner yang pertama selepas menguasai kawasan San Martin.

Pasukan TRX Elementus yang dibarisi AHmad Hasif Hais (Janick), Muhammad Asyraf Mustaffa (Ginboy), Amirol Hakiem Sabaruddin (Kim), Ahmad Qayfishah (Ziso) dan Danial Irfan (FoxMotion) berjaya menewaskan dua pemain GeekFam, Mohamad Nabil Nazaruddin (Snipes) dan Ahmad Syafiq Imran Mohamad (Qb) dalam pertarungan dalam bulatan terakhir tersebut.

TRX Elementus kini berada di kedudukan kelapan bagi carta harian dengan 23 mata keseluruhan selepas mengutip Chicken Dinner dalam pusingan ketiga itu.

Kejohanan PUBG Mobile terbesar di Malaysia dan Singapura itu akan berlangsung sehingga 27 September nanti.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved