Connect with us

PUBG Mobile

PUBG Mobile diharamkan di India: Pemain akur, hormati keputusan kerajaan

Published

on

BERIKUTAN pengumuman pengharaman permainan PUBG Mobile oleh kerajaan India pada kelmarin, ramai penghiburan penstriman langsung (streamer) dan pemain-pemain profesional PUBG Mobile menyuarakan pendapat mereka mengenai isu ini.

Soul Mortal

Naman Mathur atau senang dikenali sebagai Mortal merupakan penghibur penstriman langsung popular di India dengan lebih 6 Juta pengikut di Youtube dan merupakan pemain profesional PUBG Mobile terkenal.

Foto: Youtube/ Mortal

Dalam satu penstriman langsung berjudul, “Let’s Calm Down and Talk” yang mencecah 6 juta tontonan dalam jangka masa 16 jam, Mortal menasihati para penonton untuk bertenang dan menghormati keputusan kerajaan India.

“Pasukan Soul masih wujud dan tidak akan dibubarkan setakat ini. Kami tidak pasti apa yang akan terjadi selepas ini, namun kejohanan-kejohanan seperti PMPL akan ditangguhkan setakat ini.

“Keselamatan negara harus diutamakan kami akan patuh dengan keputusan tersebut,” kata Mortal.

Semalam Mortal juga ada memuat naik status yang dilihat optimis untuk perjalanan e-sukannya yang akan datang.

Scout (Tanmay Singh)

Foto: Youtube/sc0ut

ScoutOP merupakan salah satu pemain profesional yang terkenal dalam komuniti PUBG Mobile India dan pernah bermain untuk organisasi-organisasi ternama seperti Soul, Fnatic dan Orange Rock.

Baru-baru ini, Scout bersama Orange Rock telah mewakili India dalam kejohanan Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur dan hampir merampas gelaran juara dunia dari pasukan Bigetron Red Aliens (BTR RA).

Dalam penstriman langsung semalam, Scout menasihatkan penonton-penonton untuk menghormati keputusan yang dibuat oleh pihak kerajaan India demi keselamatan negara.

“Perkara ini merupakan berita yang amat besar, namun apa yang perlu kita buat adalah terus pandang ke depan.

“Kita harus menghormati keputusan pihak kerajaan bagi negara kita dan keselamatan negara harus diutamakan.

Scout turut membuat satu posting melalui Instagram Story menyuarakan pendapat bahawa keselamatan negara harus diberi keutamaan.

Foto: Instagram/ scout_pubg

Jonathan (TSM Entity)

Jonathan Jude Amaral, pemain organisasi esukan TSM Entity turut menyuarakan pendapat mengenai isu ini;

“Ini bukan pengakhiran, cuma satu cabaran,” jelas Jonathan dalam satu posting Instagram Story.

Jonathan pernah menduduki tempat kedua dalam carta bunuh keseluruhan PMWL Timur dan terkenal sebagai salah sorang pemain terbaik PUBG Mobile India yang pernah memenangi galaran-gelaran di pentas kompetitif antarabangsa.

Foto: Instagram/ tsm.ent_jonathan

Ghatak (TSM Entity)

Abhijeet Harishchandra (Ghatak) merupakan jurulatih dan pemain simpanan bagi pasukan PUBG Mobile TSM Entity dan pernah menamatkan perjuangan di kejohanan PMCO Fall Split di tangga kelima secara keseluruhan.

Melalui Twitter rasminya, Ghatak memyuarakan keprihatinanya terhadap peluang pekerjaan di India yang bakal terjejas rentetan pengharaman PUBG Mobile ini.

“Beberapa hari sebelum ini, pihak kerajaan India menyatakan bahawa mereka akan mula mewujudkan lebih banyak pekerjaan dalam sektor e-sukan.

“Namun sekarang mereka telah mengharamkan aplikasi yang mampu memberikan pekerjaan kepada pemain-pemain.

“PUBG telah memberikan harapan kepada berjuta-juta anak muda India,” luah Ghatak.

Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat India baru-baru ini dalam satu kenyataan hari ini berkata aplikasi-aplikasi itu dilarang untuk digunakan menurut Seksyen 69A Akta Teknologi Maklumat kerana dilihat akan memudarat keselamatan dan kententeraman negara itu.

Apakah bakal terjadi kepada kejohanan-kejohanan PUBG Mobile di India?

PUBG Mobile merupakan antara e-sukan popular di Asia, dengan 50 juta pemain aktif setiap hari dicatatkan termasuk pengguna di India.

Ramai penghibur penstriman langsung popular seperti Naman Mathur (Mortal), Dynamo Gaming, ClashUniverse yang berasal dari India mempunyai berjuta-juta pengikut di laman Youtube.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved