Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: “Boyka garang sebab dia mahukan yang terbaik” – Damqt

Published

on

Foto : Facebook / PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Ketegasan jurulatih Khairunnazri Masli (Boyka) dalam melatih pasukan J8 Esports adalah untuk meningkatkan keupayaan pasukan, kata pemain Muhammad Rifa’ie Adam Mohd Ruzaizol (Damqt).

Menurut Damqt, Boyka memainkan peranan yang baik dalam memperbaiki kesilapan-kesilapan J8 Esports dalam permainan.

“Boyka garang, tapi dia baik. Dia selalu nampak di mana kesilapan kami.

“Jika kami tidak bermain dengan baik, biasanya Boyka dan Mohammad Zulfadli Abdul Rahman (Zully) yang akan membantu memberi kekuatan mental kami dengan berkata kadang-kadang kami di atas, kadang-kadang kami di bawah,” kata Damqt.

VIDEO: DUO CLUTCH J8 ESPORTS

Dia berkata demikian dalam satu temu bual bersama hos Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) Musim Kedua, Sir Cloud selepas memenangi Chicken Dinner di Erangel seketika tadi.

Dalam pusingan itu, Damqt mempamerkan corak permainan yang sangat baik sehingga berjaya mengutip tujuh kills.

Damqtdan J8 Esports kini berada di kedudukan pertama ranking harian dengan 27 mata, diikuti pasukan Team Secret yang ketika ini mempunyai 24 mata.

Selain Damqt, berikut adalah barisan utama J8 Esports bagi PMPL MYSG Musim Kedua:

  • Khairunnazri Masli (Boyka)
  • Mohammad Zulfadli Bin Abdul Rahman (Zully)
  • Muhammad Shahir Iqbal (Rocky)
  • Aznor Shafik Nor Azhar (Botak)

Berbaki dua lagi pusingan untuk hari ini, PMPL MYSG boleh ditonton secara langsung di Facebook PUBG Mobile.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved