Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Team Secret MY pasukan pertama cecah 500 mata, NED 162 mata di belakang

Published

on

KUALA LUMPUR- Juara Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG) Musim Pertama, Team Secret MY sekali lagi mempamerkan prestasi cemerlang apabila menjadi pasukan pertama yang mencecah lebih 500 mata dalam carta keseluruhan.

Setakat ini, Team Secret MY menduduki tempat pertama dalam carta keseluruhan dengan 535 mata.

Pasukan tersebut turut mendahului catatan kills, dengan kutipan 250 mata bunuh dan memenangi Chicken Dinner sebanyak lapan kali.

Sementara itu, pasukan yang berada di tempat kedua NED Brotherhood ketinggalan 162 mata di belakang Team Secret MY.

Team Secret MY yang dibarisi Aekachai Areesanan (Madtoi), Asyam Allam (Rex), Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh) dan Raymond Tan (iShotz) juga menjadi pasukan pertama yang mempunyai setiap pemainnya mencecah 50 mata bunuh setakat ini.

Pemain termuda Team Secret MY, uHigh kini mendahului carta bunuh liga dengan 74 mata bunuh dan memberikan sebanyak 15,090 kesan bunuh terhadap pihak lawan.

Penembak jitu, iShotz kini mempunyai 53 mata bunuh manakala pakar senapang DMR Team Secret, Madtoi berjaya mengutip 59 mata bunuh sepanjang liga PMPL MYSG.

Pemain terbaharu Team Secret, Rex pula berjaya mengutip 64 mata bunuh setakat ini.

Sememangnya Team Secret MY menunjukkan dominasi dalam carta keseluruhan untuk mengukuhkan kedudukan mereka di tangga teratas.

Mampukah Secret sekali lagi mempertahankan kejuaraan mereka di babak akhir PMPL MYSG pada 25 September nanti?

Kejohanan PUBG Mobile terbesar di Malaysia dan Singapura itu akan berlangsung sehingga 27 September nanti.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved