Connect with us

PUBG Mobile

TS dah ambil tindakan, mahu Emi diberi peluang kedua

Published

on

Foto: Facebook / Emi Mohamad

KUALA LUMPUR – Organisasi e-sukan antarabangsa, Team Secret telah mengambil tindakan ke atas dutanya, Mohamad Hilmi Mohamad (Emi) yang terlibat dalam satu penstriman langsung audio siar baru-baru ini.

Menurut Pengurus pasukan Team Secret Malaysia, Parthiban Petchayappen (OTG), pihaknya memandang serius terhadap apa yang berlaku.

“Kami memohon maaf kepada NorFarah Shahira (Miss Farr) mengenai situasi yang tidak menyenangkan ini.

“Gangguan seksual tidak boleh dibiasakan oleh siapa-siapa, termasuk pihak kami.

“Emi seorang budak yang baik. Saya kenal dia dan perjalanan hidup dia secara peribadi. Berikanlah kepada dia peluang kedua,” kata OTG dalam satu catatan di Facebook pada semalam.

Pada semalam juga, Emi telah melakukan satu pemohonan maaf peribadi kepada Miss Farr dan menerusi satu penstriman langsung bersama personaliti e-sukan Nureddy Nursal, (Daddyhood) dan Mohd Fattah Zakaria (Fattah Zie).

Baru-baru ini tular klip video penstriman langsung yang dipercayai milik penganalisis SEM9 Gank, Fawwaz Sehaimi (Soultan).

Penstriman langsung itu melibatkan perbualan Discord beberapa pemain profesional, pengulas profesional, pengurus pasukan profesional dan personaliti e-sukan tempatan yang kini sedang menyertai Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Keempat (PMPL MYSG S4) 2021.

Antaranya termasuklah, pemain Team SMG, Emi, Mohamad Nazeri Shahrin Affan (Trixnity), Pengurus Operasi RSG Malaysia, Aiman Wafiy Roslan dan ramai lagi.

Perbualan dalam penstriman langsung itu dipercayai mempunyai komen-komen atau kata-kata berunsur seksual terhadap Miss Farr.

Miss Farr bagaimanapun telah membuat laporan polis terhadap siaran penstriman langsung Soultan itu dan percakapan Trixnity itu.

Baca: Gangguan Seksual: Miss Farr buat laporan polis

Miss Farr juga berkata Trixnity ada menghubunginya untuk meminta maaf dan telah memadamkan rakaman penstriman langsung itu.

Sementara itu, Emi, Soultan Aiman Wafiy juga telah melakukan permohonan maaf kepada Miss Farr menerusi kenyataan di media sosial masing-masing pada semalam.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved