Connect with us

PUBG Mobile

PEL: Duo maut ‘ParaDer’ kembali mengganas

Published

on

Foto: Huya TV / PEL

SELEPAS seminggu ditangguhkan, Liga Peacekeeper Elite League Musim Ketiga (PEL S3) 2021 bagi minggu ketiga kembali menemui para peminat.

Penangguhan liga PEL bagi minggu ketiga terpaksa dibuat susulan undang-undang baharu yang diumumkan oleh kerajaan China yang mengharamkan kanak-kanak berusia bawah 18 tahun daripada bermain permainan atas talian (online game).

Hal ini turut memberi kesan kepada kesemua pasukan yang bertanding. Pihak PEL telah membenarkan setiap pasukan untuk mendaftar pemain baharu secara sementara dan kontrak tersebut akan tambat selepas liga selesai.

Pada semalam, Pasukan The Chosen membuka tirai dengan mengutip dua Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) secara berturut-turut pada pusingan pertama dan kedua.

The Chosen akhirnya berjaya mendapatkan rentak permainan berkelas dunia setelah dua minggu gagal untuk beraksi dengan cemerlang meskipun dibarisi dengan pemain bintang.

Namun begitu, Nova Esports mula mencuri tumpuan pada pusingan ketiga setelah mengutip WWCD dan seterusnya menamatkan hari di tangga pertama dengan mengutip 83 mata.

Dua pemain bintang Nova Esports, Zeng Zehai (Order) dan Zhu Bocheng (Paraboy) masing-masing mengutip 15 dan 13 mata bunuh dalam lima pusingan yang dimainkan.

Paraboy sekali lagi mencipta rekod baharu apabila berjaya mendapatkan mata bunuh ke-1100 sepanjang bermain di liga PEL sekaligus membesarkan jurang dengan pemain yang lain.

Jurang antara Paraboy dengan pemain di tangga kedua dengan mata bunuh keseluruhan PEL sepanjang masa adalah kira-kira 160 mata bunuh dan pemain tersebut juga merupakan rakan sepasukannya iaitu Order.

Berikut adalah keputusan WWCD :
Map 1 – The Chosen
Map 2 – The Chosen
Map 3 – Nova Esports
Map 4 – 4 Angry Men
Map 5 – Da Kun Gaming

Final Mingguan PEL S3 2021 menawarkan hadiah wang tunai kira-kira RM654,000 (1 juta Yuan) setiap minggu. Jika anda mahu menonton PEL S3 2021, anda boleh ke saluran Huya TV, iaitu huya.com/660006

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved