PUBG Mobile
PEL: Giliran ShowTime bawa pulang RM642,500

PASUKAN Game for Peace China, ShowTime muncul sebagai pasukan kedua yang membawa pulang hadiah wang kemenangan kira-kira RM642,500 (1 juta Yuan).
ShowTime yang menjadi juara Weekly Final bagi minggu ketiga beraksi dengan begitu konsisten sejak pusingan pertama yang berlangsung sejak Sabtu.
Meskipun kehilangan tonggak utama, Chen Quan (DaQuan) pada jendela perpindahan yang lepas ShowTime masih lagi pasukan-pasukan gergasi yang lain.
ShowTime menutup tirai Weekly Final 3 dengan mengutip Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) dan berhasil mengutip 135 mata secara kesuluruhan.
Berjaya menamatkan di tangga kedua adalah pasukan The Chosen yang sebelum ini masih lagi mencari rentak permainan yang lebih baik meskipun dibarisi pemain berpengalaman.
The Chosen gagal untuk mendapatkan sebarang WWCD dalam sepuluh pusingan yang dimainkan namun berjaya mengekori rapat ShowTime.
Bintang Nova Esports, Zhu Bocheng (Paraboy) dipilih sebagai pemain terbaik kesuluruhan bagi Weekly Final 3.
Paraboy berjaya mengutip 24 mata bunuh serta 4633 mata kesan musnah, jauh mengatasi pemain yang lain.
Nova Esports berakhir di kedudukan keenam dengan mengutip 90 mata kesuluruhan.
Nasib berbeza dengan juara dua kali Weekly Final iaitu pasukan Team Game apabila terpaksa berputih mata di kedudukan ke-12.
Team Game terlepas peluang untuk menjadi pasukan pertama untuk menjuarai Weekly Final untuk kali ketiga berturut-turut namun masih lagi berada di kedudukan yang selesa bagi ranking keseluruhan Weekly Final.
Team Game kini mengumpul 52 mata, menjarakkan dengan pasukan kedua sebanyak 20 mata.
Keputusan WWCD Weekly Final 2:
Map 1 – Still Moving Under Gunfire
Map 2 – All Gamers
Map 3 – All Gamers
Map 4 – Qing Jiu Club
Map 5 – ShowTime
Map 6 – LGD Gaming
Map 7 – Regans Gaming
Map 8 – Tong Jia Bao Esports
Map 9 – Team Pai
Map 10 – ShowTime
Masih ada baki dua minggu lagi untuk menentukan pasukan manakah yang akan berjaya menamatkan di tangga 15 teratas untuk layak ke peringkat akhir PEL.