Connect with us

PUBG Mobile

ShowTime kekalkan momentum kemenangan

Published

on

PASUKAN ShowTime masih mengekalkan momentum kemenangan Weekly Final 3 apabila mengutip dua Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) secara berturut-turut pada pusingan kedua dan ketiga hari pertama minggu keempat Liga Peacekeeper Elite League (PEL) yang berlangsung semalam.

ShowTime berjaya mengumpul mata bunuh dan mata kesuluruhan terbanyak sekaligus layak ke peringkat Weekly Final 4 secara automatik.

Sementara itu, pemain baharu pasukan 4 Angry Men, Li Xinjun (Week77) beraksi dengan cemerlang setelah mengutip 16 mata bunuh serta satu WWCD pada pusingan keempat.

4 Angry Men menamatkan pusingan di tangga kedua keseluruhan, 13 mata dibelakang pasukan ShowTime.

Pasukan Nova Esports berada di kedudukan ke-15 pada pusingan empat namun berjaya mengutip WWCD pada pusingan terakhir sekaligus melonjak sebanyak sepuluh anak tangga.

Ini merupakan Weekly Final yang ke-13 berturut-turut bagi Nova Esports sepanjang tahun 2021.

Dua lagi pasukan yang turut mara ke peringkat Weekly Final secara automatik adalah pasukan Regans Gaming dan pasukan Titan Esports Club.

Kisah yang berbeza buat pasukan The Chosen apabila menamatkan pusingan di kedudukan terakhir.

The Chosen gagal meneruskan momentum Weekly Final yang lepas dan hanya mampu mengutip 14 mata dalam lima pusingan yang dimainkan.

Berikut adalah keputusan WWCD bagi hari ini:
Map 1 – Titan Esports Club
Map 2 – ShowTime
Map 3 – ShowTime
Map 4 – 4 Angry Men
Map 5 – Nova Esports

Lima pusingan akan dimainkan pada hari penyingkiran yang akan berlangsung pada petang ini. Sepuluh pasukan teratas akan layak ke Weekly Final dan merebut wang kemenangan kira-kira sebanyak RM647,000 (1 juta Yuan).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved