Connect with us

PUBG Mobile

PEL: Nova Esports juara Weekly Final 4, RM647K dalam tangan

Published

on

Foto: Huya TV / PEL

PASUKAN Nova Esports akhirnya berjaya untuk menjadi juara Weekly Final Peacekeeper Elite League (PEL) 2021 bagi minggu yang keempat sekaligus membawa pulang hadiah wang kemenangan kira-kira RM650,000 (1 juta Yuan).

Nova Esports menamatkan pusingan di tangga ketujuh pada hari pertama Weekly Final dengan kutipan mata sebanyak 44 mata.

Kebangkitan Nova Esports bermula pada pusingan hari kedua dan berjaya mengekalkan corak permainan yang konsisten dalam baki lima pusingan yang dimainkan.

69 mata yang dikutip pada hari kedua berjaya melonjakkan ranking keseluruhan ke tangga pertama meskipun tidak berjaya untuk mengutip sebarang Winner Winner Chicken Dinner (WWCD).

Dua pemain bintang Nova Esports, Zhu Bocheng (Paraboy) dan Zeng Zehai (Order) turut mendominasi ranking keseluruhan bagi mata kesan musnah.

Sementara itu, pasukan Weibo Gaming turut beraksi dengan konsisten pada Weekly Final 4 apabila menamatkan pusingan di tangga kedua keseluruhan dengan sebanyak 109 mata.

Weibo Gaming mengutip dua WWCD berturut-turut pada hari pertama dan menambah satu lagi WWCD pada hari kedua.

In-game leader bagi pasukan Weibo Gaming, Zhiqi Shu (Beizhai) dianugerahkan sebagai pemain terbaik kesuluruhan bagi Weekly Final 4 setelah mengutip 20 mata bunuh serta 4831 mata kesan musnah.

Beizhai turut berjaya mengutip mata bunuh ke-800 sepanjang bermain di PEL menjadikannya pemain keempat di belakang Zhu Bocheng (Paraboy), Zeng Zehai (Order), dan Mi Jiacheng (ChengC).

Tiga pasukan yang tidak berganjak kedudukan semenjak hari pertama adalah pasukan Royal Never Give Up, Team Game, dan The Chosen.

Masing-masing menamatkan pusingan di tangga ketiga, keempat, dan kelima kesuluruhan.

Manakala pasukan yang menjadi juara Weekly Final minggu lalu kini terpaksa akur dengan kedudukan terakhir.

ShowTime hanya mengutip sembilan mata sepanjang lima pusingan yang dimainkan pada hari kedua Weekly Final 4.

Keputusan WWCD Weekly Final 4:
Map 1 – Tianba
Map 2 – Royal Never Give Up
Map 3 – Weibo Gaming
Map 4 – Weibo Gaming
Map 5 – Tianba
Map 6 – The Chosen
Map 7 – Weibo Gaming
Map 8 – The Chosen
Map 9 – Team Game
Map 10 – Royal Never Give Up

Final Mingguan PEL S3 2021 menawarkan hadiah wang tunai kira-kira RM654,000 (1 juta Yuan) setiap minggu. Jika anda mahu menonton PEL S3 2021, anda boleh ke saluran Huya TV, iaitu huya.com/660006

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved