Connect with us

PUBG Mobile

PEL: Pasukan RM8.95 juta akhirnya tunjuk corak permainan sebenar

Published

on

Foto: Huya TV/ PEL

AKHIRNYA, The Chosen tunjuk taring sehingga menjadi ancaman kepada musuh!

Pada semalam, pasukan Game for Peace (PUBG Mobile versi China) The Chosen membuka tirai hari pertama minggu kelima liga Peacekeeper Elite League (PEL) 2021 dengan bergaya setelah mengutip Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) pada pusingan pertama.

The Chosen mengungguli carta hari pertama dengan kutipan 79 mata secara keseluruhan termasuk satu Chicken Dinner dan 41 mata bunuh.

Corak permainan The Chosen kini dilihat semakin baik sekaligus menjadi ancaman kepada pasukan lain untuk merebut kejuaraan PEL S3 2021.

Pemain bintang The Chosen, Chen Qi (Wyy) kembali mengganas apabila mengutip 18 mata bunuh serta 3013 mata kesan musnah.

Wyy yang sebelum ini bermain untuk pasukan Six Two Eight dibeli dengan harga sebanyak RM1.9 juta oleh pasukan The Chosen kini menjadi pemain kelima dengan mata bunuh terbanyak keseluruhan dalam sejarah PEL dengan sebanyak 801 mata bunuh.

Wyy juga pernah menjadi mimpi ngeri bagi pasukan Nova Esports apabila sering menang ketika bertembung di medan perang.

Sementara itu, Nova Esports menjadi satu-satunya pasukan yang paling konsisten bagi musim ini apabila layak ke peringkat Weekly Final lima minggu berturut-turut.

Nova Esports berjaya mendapatkan WWCD pada pusingan kedua dan menamatkan pusingan di tangga kedua keseluruhan dengan kutipan mata sebanyak 54 mata.

Tiga lagi pasukan yang berjaya mara ke peringkat Weekly Final secara automatik adalah pasukan Weibo Gaming, Royal Never Give Up, dan ShowTime.

Pasukan LGD Gaming sekali lagi bergelut untuk beraksi dengan cemerlang setelah kehilangan tonggak utama, Wan Quanjun (SuKi) yang tidak dibenarkan bermain atas faktor usia.

LDG Gaming hanya mampu mengutip 13 mata dalam lima pusingan yang dimainkan dan menamatkan pusingan di tangga terakhir.

Berikut adalah keputusan WWCD bagi hari ini:
Map 1: The Chosen
Map 2: Nova Esports
Map 3: Royal Never Give Up
Map 4: Regans Gaming
Map 5: Team Game

Final Mingguan PEL S3 2021 menawarkan hadiah wang tunai kira-kira RM654,000 (1 juta Yuan). Jika anda mahu menonton PEL S3 2021, anda boleh ke saluran Huya TV, iaitu huya.com/660006

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved