Connect with us

PUBG Mobile

PEL: Nova Esports menang lagi, tambah RM647,000 dalam poket

Published

on

Foto: Huya TV / PEL

GERGASI Game for Peace China, Nova Esports sekali lagi muncul sebagai juara peringkat Weekly Final Peacekeeper Elite League (PEL) Musim Ketiga 2021 sekaligus menjadi pasukan kedua yang menjadi juara Weekly Final secara berturut-turut selepas pasukan Team Game.

Nova Esports bermula dengan cemerlang pada hari pertama Weekly Final dengan kutipan mata sebanyak 74 mata dan satu Winner Winner Chicken Dinner (WWCD).

Fragger utama bagi pasukan Nova Esports, Zeng Zehai (Order) berjaya mengutip mata bunuh ke-1000 pada pusingan ketiga sekaligus meletakkan beliau di tangga kedua pemain dengan mata bunuh terbanyak sepanjang sejarah liga PEL.

Nova Esports meneruskan momentum kemenangan pada hari kedua dengan mengutip lagi 54 mata dan menamatkan hari dengan 128 mata kesuluruhan.

Meskipun berkongsi mata dengan pasukan di tangga kedua iaitu The Chosen, Nova Esports dipilih sebagai juara kerana mengutip lebih banyak mata bunuh berbanding dengan pasukan The Chosen.

Menerusi kemenangan itu, Nova Esports membawa pulang hadiah wang kemenangan kira-kira RM647,000 (1 juta Yuan).

Zhu Bocheng (Paraboy) dipilih sebagai pemain terbaik kesuluruhan (MVP) bagi Weekly Final 5 selepas mengutip 22 mata bunuh dan 4950 mata kesan musnah dalam sepuluh pusingan yang dimainkan.

Paraboy dijangka akan mengutip gelaran MVP ke-50 pada peringkat akhir PEL nanti.

The Chosen terpaksa berputih mata apabila gagal untuk menjadi juara Weekly Final untuk pertama kali bagi musim ini setelah terpaksa akur dengan tempat kedua.

The Chosen membuka tirai Weekly Final 5 dengan mengutip WWCD dan berjaya mengekalkan aksi cemerlang baki sembilan pusingan.

Kegagalan pemain The Chosen untuk menyingkirkan Paraboy pada pusingan terakhir menjadi punca kepada kemenangan bagi Nova Esports.

Turut beraksi dengan konsisten adalah pasukan 4 Angry Men dan pasukan Team Game.

4 Angry Men mengutip WWCD terbanyak iaitu sebanyak tiga WWCD dan menamatkan pusingan di tangga ketiga kesuluruhan dengan kutipan mata sebanyak 111 mata.

Manakala Team Game menamatkan pusingan di tangga keempat kesuluruhan dengan kutipan mata sebanyak 103 mata meskipun gagal mengutip sebarang WWCD.

Keputusan WWCD Weekly Final 5:
Map 1 – The Chosen
Map 2 – JD Esports
Map 3 – Six Two Eight
Map 4 – Nova Esports
Map 5 – 4 Angry Men
Map 6 – 4 Angry Men
Map 7 – JD Esports
Map 8 – 4 Angry Men
Map 9 – Royal Never Give Up
Map 10 – Da Kun Gaming

Lima pasukan telah sah gagal mara ke peringkat akhir PEL setelah gagal untuk berada di kelompok 15 terbaik berdasarkan ranking keseluruhan Weekly Final.

Lima pasukan tersebut adalah Tianba, JD Esports, Qing Jiu Club, Da Kun Gaming, dan Action Culture Technology.

Peringkat akhir PEL akan berlangsung pada 30 September hingga 3 Oktober dan sebanyak 20 pusingan akan dimainkan nanti.

Pasukan yang menjadi juara akan mara ke peringkat Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) 2021 dan akan bersaing dengan 19 pasukan terbaik dari seluruh pelosok dunia.

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved