Connect with us

PUBG Mobile

PEL:RM1.3 juta milik siapa?

Published

on

Foto: Huya TV / PEL

SELEPAS lima minggu bermain atas talian, pemain-pemain profesional Game For Peace (GFP) kini dibenarkan untuk bermain di Arena E-Sukan Lightspeed & Quantum VSPN, China bagi peringkat Grand Final Peacekeeper Elite League Musim Ketiga 2021.

Pasukan Royal Never Give Up membuka tirai dengan Grand Final dengan penuh bergaya apabila mengutip Winner Winner Chicken Dinner (WCCD) berserta 18 mata bunuh.

Meskipun gagal untuk beraksi dengan cemerlang pada peringkat liga, Royal Never Give Up merupakan pasukan yang harus berjaga-jaga pada peringkat Grand Final kerana sering kali menamatkan kejohanan dalam kelompok tiga teratas.

Pasukan Weibo Gaming turut beraksi dengan cemerlang pada dua pusingan yang dimainkan. Weibo Gaming muncul sebagai juara pusingan kedua dengan kutipan mata sebanyak 20 mata.

Namun begitu, Weibo Gaming gagal untuk meneruskan momentum kemenangan pada baki tiga pusingan terakhir dan hanya mampu mengutip tiga mata sahaja.

Berbeza cerita dengan pasukan The Chosen apabila terpaksa pulang ke lobi awal pada pusingan pertama. Namun The Chosen mula bangkit pada pusingan kedua dengan kutipan mata sebanyak 17 mata.

Kemuncak prestasi The Chosen bermula pada pusingan ketiga apabila mengutip WWCD dan meneruskan momentum tersebut pada pusingan keempat.

The Chosen mengutip dua WWCD secara berturut-turut dan menamatkan hari di tangga pertama dengan 73 mata, 11 mata di hadapan Royal Never Give Up.

Dua pemain termahal bagi pasukan The Chosen, Feng Shujie (Suk) dan Chen Qi (Wyy) memainkan peranan penting dalam kemenangan tersebut dan masing-masing berada di kelompok lima pemain dengan mata bunuh terbanyak.

Sementara itu, pasukan 4 Angry Men berjaya mencuri WWCD terkakhir selepas berhempas pulas pada empat pusingan pertama.

Lapan mata yang dikutip daripada empat pusingan pertama tidak mematahkan semangat para pemain 4 Angry Men untuk terus berjuang dan usaha tersebut berjaya membuahkan hasil pada pusingan kelima.

Manakala pasukan Nova Esports yang menjadi pilihan sebagai juara Grand Final masih belum menunjukkan taring apabila kini menduduki tangga ke-13 dengan kutipan mata sebanyak 26 mata.

Perubahan taktikal yang sedikit berbeza jika dibandingkan dengan Weekly Final 5 dilihat tidak menjadi namun masih terlalu awal untuk para pemain Nova Esports menyerah kalah.

Keputusan WWCD Grand Final:
Map 1 – Royal Never Give Up
Map 2 – Weibo Gaming
Map 3 – The Chosen
Map 4 – The Chosen
Map 5 – 4 Angry Men

Masih ada baki 15 pusingan untuk dimainkan dan gelaran juara masih terbuka kepada mana-mana pasukan.

Pasukan yang menjadi juara akan membawa pulang hadiah wang kemenangan kira-kira RM1.3 juta (2 juta Yuan).

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved