Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Aura Bapak Ah kembali, Team SMG kutip dua Chicken Dinner berturut-turut!

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

PASUKAN profesional PUBG Mobile negara Still Moving Under Gunfire (SMG) berjaya mengutip dua Chicken Dinner berturut-turut sekaligus menduduki tangga teratas untuk carta harian Liga Profesional PUBG Mobile.

Pasukan SMG juga mengutip 24 mata bunuh sepanjang dua pusingan yang dipertandingkan pada hari ini.

Bagi pusingan pertama di Vikendi, walaupun mempunyai kekurangan ahli, pasukan SMG berjaya menewaskan pasukan Singapura dengan percaturan dan kemahiran yang ditunjukkan oleh dua pemainnya, Fairul Iskandar Putra (Puta) dan Mohd Harith Iskandar (Bard).

Bagi pusingan tersebut,juara bertahan bagi peringkat liga PMPL Musim Pertama berjaya mengutip 10 mata bunuh.

Bom tangan pemain SMG, Muhammad Danny Irfan (Jenny) yang tepat pula menjadi kunci kemenangan pasukan SMG dalam bulatan-bulatan terakhir perlawanan.

Menggunakan bom-bom asap untuk menghalang pandangan pasukan musuh, Jenny berjaya mara ke bahagian tengah bulatan untuk melancarkan serangan terhadap kedua-dua pasukan PowerPuff Girls (PPG) dan 8GMT.

Bom-bom tangan yang dilemparkan oleh Jenny berjaya untuk melumpuhkan dua pemain pasukan PPG sekaligus menghalang hasrat pasukan Singapura itu untuk mengutip Chicken Dinner ketiga mereka.

Percaturan bijak SMG sekaligus berjaya memberikan kemenangan mereka di peta Erangel yang merupakan Chicken Dinner kedua bagi mereka pada hari ini.

Pasukan SMG kini berada di tangga teratas bagi carta harian dengan 54 mata, 13 mata di hadapan Team Secret MY.

Foto: PUBG Mobile

Pasukan SMG kini berada di tangga kesembilan dalam carta keseluruhan dengan 340 pungutan mata dan akan berharap untuk mengekalkan konsistensi agar mampu layak ke peringkat akhir pada 25 September nanti.

Berbaki empat lagi pusingan untuk hari ini, PMPL MYSG boleh ditonton secara langsung di Facebook PUBG Mobile.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved