Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Man Parang kembali bermain, iNaoki ke Sabah lawat ibu

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

KAPTEN The One and Onleh Yoodo Gank, Aiman Mohd (Man Parang) akan kembali bermain dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG) Musim Kedua pada hari ini.

Perkara itu disahkan jurulatih Yoodo Gank Agusalim Amran (Hahagus) kepada WTM Today seketika tadi.

Pada malam tadi, Azmal Jasn (iNaoki) yang bermain untuk Yoodo Gank pada musim ini memuat naik satu Instagram Story yang menyatakan posisinya akan digantikan dengan Man Parang pada hari ini.

“Esok (hari ini) Man Parang akan main. Saya pulang ke Sabah untuk melawat ibu dahulu ya,” kata iNaoki.

Sebelum ini Man Parang berehat seketika apabila isterinya selamat mengurniakan cahaya mata baru-baru ini di Hospital Andorra, Seri Kembangan Selangor.

Dengan pengunduran seketika Manparang dalam barisan utama itu, posisinya telah digantikan dengan Izzrudin Hashim (Jumper).

BACA: Hahagus dedah sebab Jumper tidak bermain minggu pertama

PMPL MYSG bakal masuk hari terakhir minggu ketiga apabila gelanggang maya itu kembali buka kira-kira jam 3 petang nanti.

Berikut adalah barisan pemain utama Yoodo Gank yang akan meneruskan saki-baki perlawanan PMPL:

  • Abdul Azim Ikrom (Draxx)
  • Ahmad Fuad Razali (Fredo)
  • Aiman Mohd (Man Parang)
  • Izzrudin Hashim (Jumper)

Yoodo Gank kini menduduki tempat kelapan secara keseluruhan dengan 374 mata setakat ini.

Difahamkan Yoodo Gank telah mendapat jemputan terus ke Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) yang akan datang selepas memenangi kejohanan itu pada Mei lalu.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved