Connect with us

PUBG Mobile

Waisu Hera kutip Chicken Dinner, tamat top 3 PMPL SEA Ladies

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

PASUKAN profesional PUBG Mobile Waisu Hera berjaya mengutip Chicken Dinner bagi pusingan terakhir perlawanan pertunjukan Liga Profesional PUBG Mobile Wanita Asia Tenggara (PMPL SEA Ladies) sekaligus menamatkan saingan di tempat ketiga dalam carta keseluruhan.

Foto: Facebook / PUBG Mobile

Pasukan Waisu Hera berjaya mengumpulkan 50 mata kedudukan dan 17 mata bunuh sepanjang empat pusingan yang dipertandingkan.

Waisu Hera menamatkan saingan di tempat ketiga di belakang pasukan LittleGroot Eufrosine dari Thailand dan Aerowolf Zoo dari Indonesia.

Bagi pusingan terakhir di Miramar, pemain pasukan Waisu Hera, Fatin Amisa (Ica) berjaya melakukan clutch apabila berjaya menewaskan tiga pemain pasukan PoPs Esports dari Vietnam berseorangan.

Foto: Facebook / PUBG Mobile

Waisu Hera yang dibarisi Anis Safiyah Mohd Helmey (Anees), Nur Fifi Natasha Ismadi (Eevee), Fatin Amisa Mohd Narawi (Ica), dan Wan Nor Emylia Wan Mohd Zan (Mimel) berjaya mengumpul enam mata bunuh dan memberikan 1393 kesan bunuh terhadap pihak lawan dalam pusingan tersebut.

Foto: Facebook / PUBG Mobile

Pasukan Waisu Hera merupakan salah satu pasukan yang mendapat jemputan terus ke PMPL SEA Ladies selepas menduduki tempat kelapan dalam Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile 2020 (PMNC) Julai lalu.

Selain pasukan Waisu Hera, berikut merupakan pasukan-pasukan lain yang bertanding di PMPL SEA Ladies Musim Kedua;

  • LittleGroot Eufrosine🇹🇭
  • KOG Angel 🇹🇭
  • The INFINITY ladies 🇹🇭
  • VDC Esport 🇻🇳
  • LivingGerm Lady🇻🇳
  • PoPs Esports🇻🇳
  • Kill or Die Girl🇻🇳
  • Belletron Ace🇮🇩
  • Alter Ego Dione🇮🇩
  • Aerowolf Zoo🇮🇩
  • Boom Siren🇮🇩
  • Rapid Gunz Feisty Ladies🇵🇭

PMPL SEA Ladies menawarkan jumlah wang terkumpul sebanyak kira-kira RM8,500 (AS$2000)

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved