Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Man Paparang kembali, Yoodo Gank auto Chicken

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

KUALA LUMPUR-Pasukan nombor satu Asia Tenggara, Yoodo Gank mahu mempertahankan gelaran Raja Sanhok dengan mengutip satu lagi Chicken Dinner pada perlawanan pembuka tirai hari terakhir minggu ketiga Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG) Musim Kedua

Kemasukan kapten pasukan Aiman Amirul (Manparang) sememangnya memberi impak kepada Yoodo Gank apabila kembali bermain untuk barisan utama pasukan Yoodo pada hari ini.

Sebelum ini Man Parang berehat seketika apabila isterinya selamat mengurniakan cahaya mata baru-baru ini di Hospital Andorra, Seri Kembangan Selangor.

BACA: PMPL: Man Parang kembali bermain, iNaoki ke Sabah lawat ibu

Pasukan yang sinonim dengan gelaran The One and Onleh berjaya mengutip 24 mata bagi pusingan pertama tersebut dengan 9 mata bunuh yang dikumpul.

Foto: PUBG Mobile

Pasukan Yoodo Gank yang dibarisi Abdul Azim Ikrom (Draxx), Ahmad Fuad Razali (Fredo), Aiman Mohd (Man Parang), Izzrudin Hashim (Jumper) dan Azmal Jasni (iNaoki) berjaya mengutip Chicken Dinner mereka pada hari ini dengan menguasai kawasan tebing Bootcamp .

Yoodo Gank berhaya menguasai kawasan tebing tersebut sekaligus mampu menewaskan ahli pasukan J8 Esports dan Damansara Esports dengan percaturan bijak oleh ketua dalam permainan, Jumper.

Dalam satu temubual tamat perlawanan, kapten pasukan Manparang berkongsikan mengenai harapan Yoodo Gank bagi musim ini dan menerangkan bagaimana kemasukan pemain baharu iNaoki membantu mengukukuhkan Yoodo Gank.

“Kemasukan iNaoki meningkatkan kebolehan dan kemahiran pasukan kami (Yoodo Gank) secara keseluruhan dalam pertarungan jarak dekat khususnya apabila melancarkan serangan di kawasan perumahan’

‘Kami (Yoodo Gank) berharap agar mampu memberikan prestasi terbaik untuk minggu terakhir PMPL MYSG dan mampu memenangi juara di peringkat akhir nanti,” jelas Manparang.

Foto: PUBG Mobile

Yoodo Gank kini berada di tempat kelima secara keseluruhan dengan 398 mata yang dikumpul secara keseluruhan.

Berbaki lima lagi pusingan untuk hari ini, PMPL MYSG boleh ditonton secara langsung di Facebook PUBG Mobile.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved